Ahad ialah hari bekerja di Terengganu. Begitu juga dengan Puan Lucky. Tetapi disebabkan semester sudah hampir ke penghujung maka kuliah sudah hampir diselesaikan.
Jadi adalah peluang untuk "picnic date" bersama Encik Beanie dan anaknya, Nina yang juga merupakan anak Puan Lucky juga (kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya).
Tidak perlu masak, cuma beli nasi bungkus dan kami bertiga pergi ke Taman Rekreasi Batu Buruk. Semua sekali dalam RM15.0 untuk lauk ayam kampung, sotong, telur ikan dan sektul ayam bersama dengan air sekali.
Selepas makan, Encik Beanie dan Puan Lucky meneruskan "dating" buat beberapa ketika sebelum masing-masing menuju haluan masing-masing.
Seronok sungguh dating-dating ni kan? Ini semua bahana dari menonton tayangan tengah malam 'Pretty Woman' malam tadi.
Kepada pasangan yang sudah lama tidak keluar dating, cepat-cepatlah buat date bersama pasangan anda kerana ianya salah satu cara meneruskan semarak cinta anda.
...
9 ulasan:
Auww, how sweet!!
olololoooo... sweet!!!
huhuhuhu.. kak linda, jom gi picnic gok! uhhu
x aci sebab dok ajok berg...dok best ngoh kener gi kelas fardhuain..
seriously tgk makanan tu, terus jadi lapar! sabau jelah kan...
great family! lokasi picnic tak penting, yang penting adalah dengan sapa kita bersama kan?
belladonna,
yes, it is so sweet...
farah,
ye ah...
sy nak gi candat sutong Mei ni, nak join?
berg,
dok pe ahh...
fardhu ain tu wajib..
nx time kita gi tpt hok best lg
one love,
siyes..ns bungkus tu mmg sedapp
nasi beli kat ner tu...sedapnya!!!
kak lindaaaaa~
biler nok gi?? nok2! nok join gok. tapi kena tau gok exact datenya. nok mitok cuti. hehehe
modd,
ns beli kat kedai Ya tepi Mydin Mall..sedap giler..
Catat Ulasan