Rabu, 31 Oktober 2007

*&+*##@#$$@@@*&+*


Saya mungkin menyepikan diri utk sekian lama...
Doakan saya berjaya
Siapkan tesis sebelum Feb 2008.

Selasa, 23 Oktober 2007

Kemaruk Makan

Ari tu masa bulan posa turun 5 kilo...
Sekarang tak sampai 2 minggu
Dengan jaya nyer mendapatkan balik 5 kilo yang hilang itu...

Raya baru ni memang menjadi-jadi selera makan..
Sehingga ari ni masih nak makan... nak makan..dan nak makan..

Pergi open house ari tu semua saya tibai nasi...
Yang mana kebanyakkan nyer offer nasi dagang...

Kepok goreng..
Takleh hidup tanpa nyer...


Namun satu lagi makanan tak jumpa lepas raya ni..
Nasi kerabu..my fav..
Tak sempat nak nyantap lagi nasi kerabu saya itu...

Candid oleh Encik Beanie..
Tengah syiokk giler...


Mak masak memang bestttt...
Pinggan kecik ajer..sbb nak control..

Posing ala2 makan sikit...

Yang tak patut di contohi...
Gelas kiri kanan...



So kenapa lama saya tak buat entry?
Sebab saya bz makan....

Jumaat, 12 Oktober 2007

Khamis, 4 Oktober 2007

Bermewah2 buka puasa

Hari selasa baru2 ni..
Akak berbuka kat Heritage Bay
Tempat Monsoon Cup berlangsung

Opis akak yang buat..
Khas utk staf sajer..
Sapa2 nak bawak famili bayo sendiri...
So akak tanya la bf akak tu..
Tapi encik Beanie kata tak payah ler..
Membazir jer..
Bukan makan banyak pun masa buka posa...

Akak lepas makan kat situ pun baru ku sedari
Memang membazir...utk harga RM49.00

Apa yang akak makan?
Dek kerana majlis bermula agak lewat...
Bila dah nak azan ataupun kat sini bunyi meriam @ bedil
Akak tak sempat nak berebut dengan orang amik makanan
So akak berbuka le dengan...

Tart buah, puding dan bluberry pai

Minum air tebu segelas kecik
Lepas tu bila nampak orang dah reda kat area bufet tu
Baru le akak amik nasi...

Nasi putih, ikan sweet sour, puyuh goreng,
tempe goreng dan ayam masak merah

Lauk lain dah abis..
Tak de la pulak menampakkan aksi2 untuk refill lauk2 tu...

Ini pulak jeruk

Akak tak tau ler
Dia orang serve untuk 2 orang ke 200 orang...
Akak ni memnag kuat makan jeruk..
Frust le jgk nengok jeruk yang ala kadar ni..

Jeruk sebijik dua dan tandori kambing

Kerabu 3 jenis + 1 salad

Ni pun macam nak serve untuk 10 jer..
Gambar ni di ambik sebelum majlis bermula
Masa akak nak makan semua dah abis..


Kuih opis bagi kat staf

Walaubagaimanapun akak bersyukur dengan rezeki hari tu..

Akak yang malang

Since dah masuk malam ke sepuluh terakhir Ramadhan ni
Maka akak pun bergagah le skit pergi masjid
Sembahyang terawih kat masjid..

Tapi malam ni agak malang la..
Mungkin cubaan yang ingin menguji darjah kesabaran akak ini..
Sudah le lambat sampai kat masjid Al Taqwa..
On the way nak pergi masjid..terbatallah pulak wudhuk..
Sejadah pun tertinggal la pulak..

Sampai kat masjid, tuk bilal dah iqamah dah...
So terkedek2 la akak ni bersama minah2 akak tu menaiki tangga masjid.
Udah le nak cepat, ambik wudhuk, si Nina pulak sibuk jugak nak berwudhuk
Lagi la lambat..

Tup2 akak tertinggal la satu rakaat drp tuk imam
Tak pe la..memang salah akak pun..

Tapi yang akak geram sangat ni..
Dengan sorang budak laki, mak dia bawak bersama2 maid indon..
Kebetulan kosong kat sebelah maid indon itu, akak pun mencelah lah solat isyak kat situ..
Tengah2 khusyuk solat..budak laki tu duk main depan maid dia yg tgh solat..
Akak punya la tension ms tu...akak tak tau dah apa yang akak baca ms tu..
Budak laki2 tu asyik duk main celah akak dgn maid dia...
Hihhh geram sungguh aku!!!!!

Tetiba tgh sujud rakat ke brp ntah nyer..
Budak laki2 tu jatuh atas kepala akuuuu....
Bengang giler akak dibuatnyer..udah ler kepala aku sakit..
Kalo ikutkan ati mau aku..tonyoh jer budak tu...
Tapi akak teringat akak ni tgh solat...
So dalam ati akak istighfar banyak2...
Geram tak tau le nak citer...
Memang solat isyak akak tadi penuh dgn kegeraman...

Lepas solat, cepat2 maid indon tu bawak budak tu ke belakang...
Akak ingat lepas abis solat akak nak cakap la sikit ngan maid indon tu...
Ajar sikit budak tu..tak baik main depan orang tgh solat..
Bukannyer budak kecik budak dah besar agak2 umur 4 thn rasanyer..

Tu masa solat isyak.
Then masa terawih, akak pun try la nak mencelah mana2 saf yang kosong..
Ada la satu tempat kosong..tapi tak de sejadah..
Tak pe lah..inikan masjid..dah ada karpet pun...
Bumi Allah ni mana2 pun bleh solat ye tak?

Tapi yang sedihnyer..dalam saf tu akak sorang jer tak bersejadah..
Sujud berlapikkan karpet la..
Orang sebelah kanan tu memang dah share dgn orang sebelah dia..
Tapi yang akak kesalkan orang sebelah kiri akak..
Udah le sejadah besar dan agak cantik la..
Tak de ler nak bentangkan memanjang utk akak ni sujud atas tu skali...
Iskh..iskh..iskhh..
Akak cuba tenangkan ati ..
Tapi yang dah dahsyatnyer..minah tu siap pandang lagi kat aku ni..
Seolah2 aku ni macam tak de hidung...
Walhal nyer aku tak de sejadah ajer...
Udah le dia tak nak rapat dengan aku...
So saf akak tu seolah2 terputus antara akak dan minah tu...
Akak tau ler sejadah dia cantik..
Kalo tak nak bagi aku tumpang..tak pe..
Tapi jgn la sampai putus saf...

AKak rasa bab2 share sejadah ni memang parah ler
Kalo sejadah mereka sedepa lebarnyer pun..
Jarang yang nak berkongsi..
Duduk la solat sorang2 kat situ sampai terputus saf...

Agaknyer..design sejadah sekarang yang patut dipersalahkan

Rabu, 3 Oktober 2007

Beef Steak a'la mad redo1

Tidaklah En Beanie menjangkakan ramai nak buat beef steak a'la mad redo1 tuh. Sebenarnya, tak adalah susah sangat.

Encik Beanie pergi Giant Hypermarket, beli sirloin yang sudah dipaket, beratnya lupalah plak tapi tebalnya dalam 1/2 inci je. Balik rumah, marinate daging tuh dalam sos yang anda suka, dalam kes ini Encik Beanie menggunakan sos HP.

Kalau nak masak waktu petang, marinate daging tersebut pada malam atau waktu pagi supaya ianya berada dalam campuran berkenaan sekurang-kurangnya 8 jam. Jangan pulak letak dalam ruangan beku, sebaliknya simpan di ruang biasa sahaja peti sejuk anda.

Bila dah nak masak, keluarkan daging tersebut dan selepas ianya dah selepas ianya dah berada pada keadaan suhu bilik, masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama dengan sedikit sahaja minyak zaitun yang 'lebih dara' (?) (extra virgin olive oil).

Sekiranya ketebalan daging itu dalam 1/2 inci, ianya akan mengambil masa selama 5-6 minit untuk 'rare', 8-9 minit untuk 'medium' dan 11-12 minit untuk 'done' pada api yang kecil. Kalau nak rasa rentung sikit, gunakan api sederhana...


Wokeh, sekarang untuk gravy pulak.

Macam biasa kita kena ada bawang putih dan bawang merah. Encik Beanie suka bawang, dia guna banyak bawang, tapi kalau untuk biasa mungkin setengah atau sebijik bawang pun dah cukup.

Hari tu Encik Beanie gunakan cendawan yang dipetik 'fresh' dari kebun. Untuk menjadikan ianya rasa 'black pepper', Encik Beanie menggunakan sos lada hitam, hari tuh keluaran 'Muslim Best', tapi ni semuanya bergantung pada cita rasa tukang masaklah kot.

Tumis bawang putih, pastu bawang merah dengan menggunakan minyak zaitun jugak. Bila dah bau sedap tuh masukkan sos lada hitam mengikut keperluan. Masukkan tepung jagung kalau ingin menjadikan kuah itu lebih pekat. Anda juga mempunyai pilihan untuk memasukkan kiub pati lembu sekiranya diperlukan.

Masukkan cendawan, gaulkan dan selepas itu biarkan ianya 'simmer' antara 5-10 minit bergantung kepada kuantiti yang dimasak.


Dah siap semua tuh kita buat side-dishes pulak.

Encik Beanie tak tanam 'broccoli', jadi sayur tuh kena beli kat Giant. Begitu juga dengan sayur kobis yang biasa serta yang warna 'purple' untuk dibuat 'coleslaw'. Satu lagi ialah ubi kentang.

Celur brokoli tersebut sehingga agak-agak dah masak. Kobis tuh kendaklah dimayang halus-halus, tetapi kalau nak rasa yang ranggup boleh buat saiz besar sikit. Puan Lucky suka kalau 'coleslaw' tuh halus-halus, so Encik Beanie ikutlah kehendak kekasih hatinya itu. Gaulkan kedua-dua kobis tu dan campurkan mayonis secukup-cukupnya.

Basuh ubi kentang dengan bersungguh-sungguh dan sila buat beberapa tikaman supaya bahagian dalamnya lebih cepat masak. Kalau ada micromave oven, letakkan kat tengah-tengah dan set untuk 20 minit.

Kalau tak ada microwave oven, balutkan ke dalam foil dan letak kat atas api selama 30 minit. Bila dah masak silah buat belahan kat ubi tuh, kopek sikit dan masukkan 'grated cheese' ke dalam ruang berkenaan dan biarkan keju tersebut cair bila terkena bahagian dalam ubi yang panas itu... kita pun kena berhati-hati jugak pasal ubi tuh memang panas.


mmmmm... ada apa-apa tertinggal ke? rasanya dah cukup sumer dah apa yang Encik Beanie buat hari tuh.


Oh ya, masukkan ke dalam pinggan, atur semua brokoli, coleslaw dan ubi kentang dan selepas daging itu masak, letakkan daging tersebut dalam pinggan itu sekali dan letaklah kuah sebanyak mana yang anda suka, banjir ke, surut ke... suka hatilah.


Jangan lupa, ambik gambo dan post kat blog... hehehe...


Selamat mencuba!

...