Selasa, 31 Julai 2007

My Baked Cheese Macaroni



Ini lah makaroni favourite Encik Beanie aka Mr Beanie
Ingat kan tak sedap, tapi encik ni kata memang best..
Bila aku bawak makan kat opis..opis mate kata memang best.
Whatever la tapi aku tak makan.
Aku suka buat tapi aku tak makan.
Sebab aku memang tak makan apa yang aku masak.

Resipi nak buat ni, aku rekacipta sendiri.
Nak buat makaroni ni ada tiga step.

1. Rebus - rebus makaroni sampai empuk.
2. Goreng - goreng makaroni dengan:
Tumis bawang besar + bawang putih cincang.
Then masukkan rempah kurma Adabi 60sen ( yang dicampurkan dgn sedikit air)
Bila naik bau masukkan kiub pati ayam 2 ketul, garam + gula skit
Pastu masukkan isi ayam yg dipotong kecik.
Bila ayam empuk, masukkan sayur yang dipotong kecik2 spt karot, capsicum,
cendawan butang dan apa yang rasa nak letak dalam tu.
Masukkan makaroni rebus td, gaul sampai rata.
Matikan api dapur.
Biarkan ia sejuk kejap.
Masukkan dalam mangkuk yang boleh masuk mikrowave/oven.
Peringatan: Jangan penyek2 atau tekan2.
Siram dengan teur ayam yang dipukul sehingga ia banjir. Biasanya separuh
plastik makaroni 7- 8 biji telur.

3. Bakar - bakar dalam oven atau mikrowave dan bila nak bakar, taburkan dulu grated cheese + oregano.

Pastu boleh makan.
Makaroni ni tak pedas langsung, sebab encik tersebut memang tak suka makan pedas.

Sabtu, 28 Julai 2007

Aku main futsal

Lama dah nak main, tapi tak de geng.
One day, ada la mamat kat kolej suruh aku buat team futsal.
Sapa nak main? Kalau benda lah macam ni dua tiga kerat je yang nak join..

Then after a few days, barulah sorang minah kat kolej ni, Huda ajak aku main.
Orait je, aku pun ajaklah orang-orang yang aku rasa berpotensi untuk main..
Walaupun aku tau dia orang berpotensi sebagai kaki bangku..
Dan aku sendiri kaki bangku maka aku memilih untuk jadi keeper bagi menyembunyikan kebangkuan ku..
Ada yang join orait la..ada yang last minit kensel, ada hal la, ada nak jumpa orang la..macam2 la..

Tapi yang tak tahan sekali..MAIN FUTSAL HARAM..
Apa hal la minah ni?
Kenapa lak haram? Team ni bukan campur laki pompuan, bukan nak pakai short pun..
Inikan team pompuan je..nak main suka2 je..
Tah apa-apa la dia orang ni..
Aku pun tak tau dia guna fatwa mana.

Tak pe la, kalau ambil kira apa orang cakap, satu benda pun tak boleh buat..

However, si 'mufti' ni masih tak puashati, sebab dia tau plan kami utk main futsal masih diteruskan walaupun fatwanye dah diwar-warkan.
Apa langkah dia buat?
Dia dan kawannye pun tuggu la kat pintu opis yg staf keluar masuk untuk punch out ptg tu..
Agaknye dia nak tgk sapa yg tak sedar diri nak main futsal jugak ni..
Lepas punch in, sebaik sahaja kluar dari opis, si kawan mufti pun tanya
"nak pegi mana?"
Aku pun jawab " nak gi join bbudak kawad"
Kebetulan bbudak part 1, tgh latih kawad kat padang depan opis tu.
" Nak gi main futsal ke?"
" Iye"
" Drpd main futsal, baik pegi aerobik, ramai orang gemuk2 pg aerobik kat TER tu"
" Tak pela, saya tak kisah kalau 'tut tut' kata saya gemuk, memang saya gemuk pun"
" bukan 'tut tut' kata linda gemuk, tapi aerobik tu bla bla bla....."
" Saya akui saya gemuk, tapi saya enjoy apa yang saya buat"
( Walaupun aku rasa, tahap kegemukan aku dan dia sama je..)

Then si Pida yang ada sama pd masa itu pun ajak aku blah.. dari melayan si 'tut tut' tu..
Panas nye ati tak terkira..tapi sabar.. coz aku hormati orang yang lebih tua dari aku!!!!

So pada rabu 25 Julai, aku pun dengan enjoy nye main futsal..
Dan aku lah pemain paling veteran...

Khamis, 26 Julai 2007

Puan Lucky Main Futsal - Episod 2

Selepas menjalani latihan intensif beberapa hari maka Puan Lucky dengan penuh semangat turun ke gelanggang futsal buat pertama kalinya untuk suatu perlawanan. Sebagaimana biasa Encik Beanie akan berada bersama untuk memberi semangat bersama-sama dengan AKS.

Puan Lucky bersedia di kawasannya

Selepas sesi memanaskan badan selama beberapa minit, tiba-tiba Encik Beanie yang bercadang untuk menjadi jurukamera diminta menjadi pengadil perlawanan. Selepas memastikan semua berada dalam keadaan yang sedia, perlawanan dimulakan.

Encik Beanie menghadapi masalah mengenali siapa bermain untuk pasukan mana kerana semuanya tidak memakai 'bib' (pengajaran untuk perlawanan akan datang). Ramai yang baru pertama kali bermain futsal jadi ianya menjadi seperti permainan budak darjah 1 di mana semuanya pergi mengejar bola tanpa mengira posisi.

Perlawanan rancak berlangsung

Sememangnya keadaan tersebut tidak boleh disalahkan kepada para pemain kerana kebanyakan mereka inilah kali pertama mereka bermain futsal. Ada dua orang pemain yang mempunyai bakat tetapi tidak dapat menonjolkan permainan sebenar kerana tiada bantuan dari rakan sepasukan yang lain.

Persembahan Puan Lucky? Tiga gol dilepaskan tetapi ianya bukan berpunca dari beliau, malah latihan yang dilakukan banyak membantu menghalang pasukan lawan dari menjaringkan lebih banyak gol.

Keputusannya: Pasukan Puan Lucky kalah 3-2.

Encik Beanie kata: "Not bad, not bad at all..."

Rabu, 25 Julai 2007

Puan Lucky Main Futsal - Episod 1

Hari tu bila Puan Lucky cakap ada orang ajak dia main futsal, dia kata okay saja cuma dengan syarat dia jadi penjaga gol. Sebab-musabab utama ialah dia tak perlu berlari-lari dan perlu duduk satu tempat sahaja.

Maka Encik Beanie dengan berbesar hati terus sahaja menawarkan diri untuk melatih Puan Lucky supaya berupaya menjadi seorang penjaga gol yang 'biasa biasa sajelah'.

Dengan semangat yang jitu dan keazaman yang tinggi maka Puan Lucky pun mengikut Encik Beanie ke Taman Rekreasi Hiliran/Bukit Besar. Bermula dengan latihan regangan badan serta pelonggaran otot-otot dan seterusnya asas-asas penjaga gol futsal.

Di akhir sesi selama 30 minet itu kelihatanlah 3 beranak termengah-mengah dengan peluh membasahi baju dan meminta-minta air... Encik Beanie buat tidak tahu sahaja (Betapa Encik Beanie ini sungguh kejam dalam bab-bab latihan nih)

Adakah semuanya berbaloi, perkara itu akan diketahui petang ini apabila buat pertama kalinya Puan Lucky akan beraksi sebagai penjaga gol futsal dalam suatu perlawanan persahabatan menentang pasukan yang Encik Beanie sendiri pun tidak tahu.

Karang pulak...

Isnin, 23 Julai 2007

6 perkara pelik Puan Lucky

Sokmo kena tag
Tapi this time je nak layan
Before this, tak pernah layan

6 perkara pelik
6 je ke.?

1. Selalu kena puji sebab penyabar
Bila citer pasal MIL and ipar duai, mostly opis mate kata aku sangat penyabar.
Coz aku dah more than 10 years duduk ngan MIL.
Sabarkah aku..sebab aku selalu bad mood..only my 'awak' knows.

2. Malas bab kain-main ni.
Basuh, lipat dan iron semua tak suka.
Tak suka, tak suka, tak suka.
Masa zaman belajar dulu, memang nama aku top list kat kedai dobi Changlun..
Ooo.. I really miss this cowboy town.
Masak memasak tak pe..

3. Nice person but not friendly..
Orang katalah..
Bab nak tegur orang dulu slow skit.
Tapi kalau dah baik dengan orang, aku cukup baik dengan orang tu tapi..
Dengan syarat orang tu tak banyak songeh cam aku jugaklah..

4. Risau terlebih
Tak boleh buat kerja last minute.
Kena prepare jugak apa-apa walaupun tak complete.
Ni untuk kijer opis atau kijer-kijer belajar..

5. Tak boleh pakai baju yang sama selepas mandi.
Tak kira mandi tengahari atau malam.
Baju yang dah dipakai sebelum mandi akan terus masuk bakul baju busuk.
Ni yang menyebabkan my 'awak' asyik kena basuh kain je..

6. Tak boleh sentuh sapa-sapa selepas mandi (sebelum pakai baju)
Sekarang pantang kalau my 'awak' sentuh kulit aku kalau aku baru lepas mandi.
Atau zaman hostel dulu, kalau mandi bilik air umum ( kat KISAS je ada kut) yang selalu sesak.
Bila tersentuh sapa-sapa, aku akan pergi mandi semula.

Boleh tambah lagi dok?

Kolaj Muka Mr Beanie

http://www.myheritage.com



Serge Gainsbourg [sɛʁʒ gɛ̃zbuʁ] (April 2, 1928 – March 2, 1991) was a French poet, singer-songwriter, actor and director. Gainsbourg's varied style and individuality made him difficult to categorize. Although famous in France for many years, he did not achieve his first No. 1 album until 1979, when he released Aux Armes et caetera more than twenty years after his music career had begun. But since the 1980s, his legacy has been firmly established.


Mario Vargas Llosa (birth name: Jorge Mario Pedro Vargas Llosa) (born in Arequipa, March 28, 1936) is a Peruvian writer who is one of Latin America's leading novelists and essayists.


Sammo Hung (born January 7, 1952) is a Chinese actor, producer and director known for his work in many Kung fu films and Hong Kong action cinema. He has choreographed fight scenes for, amongst others, Bruce Lee, Jackie Chan, King Hu, Stephen Chow and John Woo.


Roger Federer (born August 8, 1981) is a Swiss tennis professional. Many experts and many of his own tennis peers believe Federer may be the best player in the history of the game.

6 Perkara Pelik Mr Beanie

Lestat punya hal suka-suka tag orang... so kira boleh buat le sikit-sikit kot, 6 je kan?


Apa yang pelik sangat tentang Mr Beanie? Silalah buat penilaian sendiri...

1. Sokong Arsenal masa orang sibuk sokong Liverpool & Man U
Masa sekolah rendah dan menengah dulu (tahun 70an & 80an tuh) boleh dikatakan semua orang akan menyokong Liverpool, 90an Man U. Tapi entah mengapa Mr Beanie lebih tertarik kepada Arsenal sampailah sekarang (Mr Beanie membebel hal-hal Arsenal kat sini )

2. Suka berjaga malam tapi suka jugak tidur...
Malam best, pasal rasa tenang je dan sejuk rasanya. Tapi kalau dah rasa nak tidur mana-mana aje Mr Beanie boleh tidur, berdiri dalam LrT, dalam bas, masa bawak kereta, tengah borak even dalam paip pun pernah tidur.

3. Suka naik motosikal dalam hujan (betullah, rasa macam dah pernah buat tag nih...)
Hujan ni lebih kurang sama dengan malam, suasana mendung dan sejuk. Pakai baju hujan, capai kunci Mortimer terus je jalan-jalan (kena pastikan lampu menyala dan baju hujan pantul cahaya supaya orang nampak)


4. Orang tak kenal selalu anggap Mr Beanie sombong dan tak friendly
Selalunya macam tu lah. Kalau tengok sekali pandang memang takde orang pun nak tegur Mr Beanie. Pernah sekali tu ada orang cakap kat kawan dia:

"Isy, mujurlah dia tak jadi balak aku..."

Tidak lama kemudian Mr Beanie jadi balak dia.


5. Tak suka makan ikan kecuali yang telah di'fillet'
Sebenarnya suka jugak makan ikan tetapi proses nak ambik isi dia tu yang malas, pasal ada jugak kadang-kadang tulang yang terlepas 'check-point' and lekat kat tekak. Jadi untuk memudah cerita, Mr Beanie lebih suka makan ayam.


6. Bebudak tak gemar duduk dengan Mr Beanie
Ada orang berasa pelik dan simpati dengan Mr Beanie pasal dia tak suka nak mendukung budak-budak, melayan karenah dia orag nak tu nak ni sehingga ada yang memikirkan macam mana Mr Beanie jadi bapak budak nanti.

Entahlah, so far, so good. Boleh tanyalah kepada AKS bab-bab tuh...

Eh dah siap pun 6 benda pelik tentang Mr Beanie.

Tag yang seterusnya akan dibuat oleh dua orang je kot... so awak Puan Lucky, sila buat ye, begitu juga dengan anda; modek walaupun anda jauh nun di New Zealand.

Sabtu, 21 Julai 2007

Kain oh kain

Apa salahnye kalau suami basuh kain?
Macam iklan petronas
Apa salah nye kasut buatan Gombak..

Lunch Ahad baru2 ni dengan sorang kawan lama,
Dia terkejut gorilla bila dengar isu ni..
Nkau ni malas, ada ke suruh laki basuh kain?

Nasib baik laki aku defend,
Ala, share la buat kijer rumah
Dah sama2 cari duit.. kat rumah sama2lah buat..

Aku rasa kalau kat Pantai Timur ni, memang pelik skit
Kalau laki basuh kain..

Memang lelaki PT ni dah semakin ramai tolong basuh kain
Tapi aku rasa lebih ramai yang bini tolong basuh kan

Tu bab basuh kain
Bab melipatnye?
Aku sebenarnye dok berminat buat semua bende alah ni...
Sori ye awak, berg & nina..

Kena tunggu mood baru boleh buat..

Anyway , to Awak thank you very much for the laundry..

Rabu, 18 Julai 2007

Malam Gala

Malam gala aspirasi.
Makna nye pe yek?
Pe pun, attend je..janji attend..
Pakaian pun kena ikut tema songket...
Tajaan Melor's... MIL aku
Beriya-iya kita pakai songket...cess
Orang lain selamba je pakai blaus & slack..
Tak pe la janji kita sporting, ikut tema
Kira majlis tu ok-ok je la
Makan pun ok-ok je
Nak ambik gambar pun malas


Is it sign of age..sebab aku dah tua ?
Or aku memang takde mood ?

Lepas majlis, Sha ajak aku, Juls and Za pergi borak kat Tropix


Ok gakss coz lama tak lepak malam2 ni..
Tapi ok ke dengan berkain songket ni?
Lantak la

Topik paling hangat?
event suprise besday cake yang tah apa2
then minah yang perasan dia vogue
Sori la dik, nko tak menang ye..
Ingat kan aku sorang yang nyampah..rupanya orang lain pun nyampah kat minah sorang ni..
Lantak nkau la dik..
Borak punya borak sampai kol 2.00 pagi baru kami balik.

Rabu, 4 Julai 2007

Pakcik Tensen!!!

Memang tensen! Tensen dengan penunggang motosikal yang kurang guna otak! Kalau dah kat simpang yang ada lampu isyarat, lampu tu dah tukar kuning, kao jangan le pegi masuk lorong kanan sekali dengan kelajuan 30km sejam.

Kalu aku yang tengah kejar lampu isyarat itu dengan kelajuan 80km sejam langgar bontot kao sampai kao tergolek dog atas jalan, tak ke menyusahkan hidup aku? Mujur le Encik Mat aku tu ada ABS, boleh gak le brek tanpa berpusing-pusing atas jalan (seronok gak buat stunt nih...)

Kalu jadi macam nih, tak ke menyusahkan hidup orang...

Paling aku tak tahan tu ialah bila kao tengok Encik Mat aku tu dua inci sahaja dengan bontot motosikal kau, berani pulak menjerkah... bila aku berhenti nak beri sekeping dua isi otak aku terus pulak kao lari... kalu berani jerkah berani le jawab bila orang nak tanya mengapa kao jerkah...

Bukan nak kata aku tak salah, mungkin ada jugak salah pihak aku, tapi aku amat berharap kao pakai le otak bila bawak motosikal tuh...

fgehgfaelgae!!!

Kuih bronok

Apakah warna sebenar kuih bronok atau kuih sagu?
Kalau pergi ke blog Pok Ku yang buat test pasal makanan Terengganu, kuih bronok asalnya warna purple atau ungu..
Ye ke?

Macam mana buat warna ungu?

Tapi sejurus je buat test tu, aku dapat makan bronok ...jiran bagi
Warna nye??? Tapi memang bessssttt...


Satu lagi makanan favorite anak ialah ketupat sotong...malangnye ibu dia memang tak pandai masak tupat sutung ni...
Tupat sutung yang Nenek Berg terror buat...


Sorry la Berg, memang ibu tak pandai masak la berg, almost kuih tradisional.
Tapi suka makan...
Ni aku tengah tunggu makanan sampai...