Isnin, 26 Januari 2009

Selera yang Berbeza

Puan Lucky sudah berada di peringkat akhir dalam menanti kelahiran AKS#3 yang dijangkakan antara akhir Januari dan awal Februari, dalam erti kata lain, bila-bila masa sahaja sekarang.

Selepas episod 'tidak berdaya' sebelum ini, Puan Lucky banyak menghabiskan masa berehat. Namun apa yang merisaukan ialah dia sekarang tidak boleh menerima nasi dalam sistem penghadamannya, kerana sekiranya ditelan ianya akan 'dikeluarkan' semula.

Maka Encik Beanie cuba bersedia dengan sebarang permintaan Puan Lucky demi memastikan perut isterinya itu tidak kosong.

Walaupun kebanyakan makanan yang disediakan itu di rumah, kadangkala makan di luar pun seronok juga tetapi semuanya bergantung kepada keadaan Puan Lucky sendiri. Malam tadi ialah satu contoh di mana Puan Lucky berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Maka terus sahaja kami berempat menerjah Noodle Station.

Memang seronok makan-makan, dan semalam restoran ini dipenuhi dengan mereka yang makan besar bersama keluarga. Tetapi ironinya ialah hanya sebuah keluarga Cina sahaja yang makan di sana ketika itu.

Selainnya ialah keluarga-keluarga Melayu yang mungkin tinggal di luar kT mengambil kesempatan ini untuk makan besar bersama mereka yang tersayang.

Apa-apa pun, langkah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan hendaklah sentiasa diamalkan dan salah satunya ialah dengan acara 'makan-makan'.

SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada mereka yang menyambutnya.

...

Isnin, 19 Januari 2009

Tak berdaya...

Last week...Wed...
Bangun pagi..saya rasa pening yg amat..
Agaknya sbb tidur lambat menyiapkan soalan tutorial utk kelas tghari nanti...
Saya cuba untuk bangun tapi tak berdaya..
Then saya ambik keputusan nak MC ari ni...
Ketidakberdayaan saya makin teruk hingga tghari..
Saya tak makan apa2 sejak dari pagi..
Tekak saya terasa sakit..hingus mula meleleh..
Kepala berdenyut2...

Kemudian Encik Beanie membawa saya ke klinik..
Menurut doktor..
Tekanan darah saya sgt rendah, Hb pun sgt rendah, ada severe fever dan selsema..
Bila dr check kandungan saya, dia mintak saya ke bilik air utk urine test..
Kencing kotor katanya..
Patutla selalu sakit bwh perut dan pinggang...

Dan dr pun prescribe perlbagai ubat;
ubat demam,
selsema,
sakit kerongkong,
liquid utk lawas kencing &
antibiotik...
Banyak benor nak kena makan..
Ubat yg sedia ada utk tambah darah pun dr suruh continue...
Dan juga MC utk 2 hari..

Mlm tu saya rasa sejuk yg amat..
Badan saya pula panas semacam..
Encik Beanie cukup risau..
Bahaya utk baby katanya..
Dia berusaha keras membasahkan badan saya
Terutamanya bhg perut dgn tuala basah
Bila tuala kering...Encik Beanie cepat2 rendamkan dgn air..
Kesian dia..tak tidur mlm menjaga saya...

Esoknya Khamis...
Demam saya tak jugak kebah..
Badan saya makin lemah..
Encik Beanie masih berusaha menyejukkan badan saya yg panas dgn tuala basah..
Satu hari suntuk saya hanya makan sekeping roti coklat..
Itupun puas dipujuk...
Saya hanya terbaring sepanjang hari...

Jumaat...
Bonda menelefon utk mengajak kami sefamily lunch kat rumahnya...
Sebelum solat jumaat
Encik Beanie menghantar saya dan AKS berdua ke sana...
Apa yg makan?
Hanya sesudu nasi dan sedikit sayur lemak..
Padahal saya cukup suka dgn sayur lemak..
Malam itu saya mintak izin dgn Encik Beanie utk bermalam di sana..
Beliau setuju...
Elok jugak utk berubah angin...

Sabtu...
Demam saya dah sembuh..
Tapi badan saya masih tak berdaya..
Saya perlu dipapah utk ke bilik air..
Kepala saya terasa berdenyut2...
Dan terasa terawang2...
Saya hanya makan sesudu nasi dan sebiji fishball...
Langsung tiada selera...
Petang tu Encik Beanie datang menjemput utk pulang ke rumah..

Ahad..
Saya rasa macam dah ok sikit...
Saya bangun jam 5.30 pagi untuk menggosok pakaian sekolah AKS
Terasa lemah utk ke tempat kerja...
Tapi saya gagahkan jua..
Encik Beanie sarankan agar berehat dirumah...
Tapi saya berdegil..
Tiba di opis..
Alahai bersepah nya meja saya..
Dek kerana kerja pemasangan air cond baru..
Lgsg tak boleh buat apa...
Dan badan saya terasa semakin lemah...
Kelas jam 8.00 terpaksa saya batalkan kerana
saya tak berdaya utk berdiri dan memanjat tangga utk ke kelas...


nak sambung lagi...
tapi tak tahu bila...

...

Jumaat, 9 Januari 2009

Dah Tak Padan

Bila dah nak abis satu minggu sekolah start..
Nina bagi tau kasut sekolah dia dah ketat...
Mintak Encik Beanie tolong cek...
Dia pandai bab cek mengecek ni
Memang sah dah ketat

Satu petang tu..
Kenalah pergi shopping kasut sekolah Nina
Memang patut kena beli pun sebab
Dia pakai kasut tahun lepas saja..
Lagipun kasut tahun lepas tu...memang elok lagi
Nina jarang pakai kasut tu sbb dia kata tak best

Memola kami ke kedai kasut Bata yang tokehnya org Melayu
Ingat nak beli kat situ ...
Malangnyer..

Menurut salesgirl tu

"Tak dok saiz kak"

"Tak dok saiz?
Ni... saiz ada tulis dallang?"

"Saiz abis la kak..."

Lama duk pikir
Oooo..ropa2nyer tak dok stok la....

Then kami pun terpaksa la cari kedai lain...


At last Nina jumpa kasut yang berkenan
kat satu kedai Bata dibandar KT


Harga?
Boleh la...
RM25.99 sajer..

Then kami gi Giant..
Beli apa?
Beli minuman Hot Choc kegemaran saya
yang dah kehabisan stok kat rumah tu....