Isnin, 26 Januari 2009

Selera yang Berbeza

Puan Lucky sudah berada di peringkat akhir dalam menanti kelahiran AKS#3 yang dijangkakan antara akhir Januari dan awal Februari, dalam erti kata lain, bila-bila masa sahaja sekarang.

Selepas episod 'tidak berdaya' sebelum ini, Puan Lucky banyak menghabiskan masa berehat. Namun apa yang merisaukan ialah dia sekarang tidak boleh menerima nasi dalam sistem penghadamannya, kerana sekiranya ditelan ianya akan 'dikeluarkan' semula.

Maka Encik Beanie cuba bersedia dengan sebarang permintaan Puan Lucky demi memastikan perut isterinya itu tidak kosong.

Walaupun kebanyakan makanan yang disediakan itu di rumah, kadangkala makan di luar pun seronok juga tetapi semuanya bergantung kepada keadaan Puan Lucky sendiri. Malam tadi ialah satu contoh di mana Puan Lucky berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Maka terus sahaja kami berempat menerjah Noodle Station.

Memang seronok makan-makan, dan semalam restoran ini dipenuhi dengan mereka yang makan besar bersama keluarga. Tetapi ironinya ialah hanya sebuah keluarga Cina sahaja yang makan di sana ketika itu.

Selainnya ialah keluarga-keluarga Melayu yang mungkin tinggal di luar kT mengambil kesempatan ini untuk makan besar bersama mereka yang tersayang.

Apa-apa pun, langkah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan hendaklah sentiasa diamalkan dan salah satunya ialah dengan acara 'makan-makan'.

SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada mereka yang menyambutnya.

...

Tiada ulasan: