Khamis, 24 April 2008

Cerita Nina

Ada tiga kisah Nina minggu ini
Yang membuatkan saya tergelak, suspense dan geram...

Cerita #1
Balik dari sekolah hari Ahad
Saya yg amik
Kebetulan saya balik awal..
Sbb nak menolong bonda saya memasak untuk
Kenduri mlm nanti...

"Ibu, ibu, ibu..."

"Hmmm...."

"Tak di owk, ada kawan Kaena jatuh tangga...
Tapi dia dok mati pung...."

Dlm ati saya, MATI??..
Terkezuttt tapi nak tergelak


"Doh, dia luka dok?"

"Luka, cikgu letok ubak kat kaki dia..."

"Oooo, sianng ke dia.."


Cerita #2
Esoknya balik tghari..
Nak nolong bonda saya buat kenduri kedua...
Penat giloss...kenduri 2 hari berturut2 nih...

"Ibu, ibu, ibu...."

"Mmm..."

"Kaena kena wi (bagi) kasut tinggi kat Cikgu Nora.."

"Bakpe nyer?"

"Sebab Kaena dapat nombor 40..."

Terkezuttt..

"Kaena dapat nombor 40 ke?
Mana report card?"

"Iye...Kaena dapat nombor 40...
Cikgu kata sapa dapat nombor 40 kena bagi present kat cikgu..
Cikgu mitok kasut tinggi..."

"Ye ke Kaena dapat nombor 40?"

"Iye..Kaena dapat nombor 40...
Esok, Kaena kena wi present ke cikgu..."

"Doh, Kaena tanya dok Cikgu paka saiz berapa..."

"Dok.."

"Doh ibu nak beli saiz berapa?
Ibu dok caye Kaena dapat nombor 40.."

Terer sangat ke budak2 lain?

"Esok ibu suruh Kakak tanya Cikgu Nora..
Betul dok Kaena dapat nombor 40.."

"Betul, ibu eh...Kaena dapat nombor 40..."

"Nombor satu sapa dapat?"

"Tak dok orang"

"Nombor dua?"

"Budok puangg, Nama dia Anis..."

"Doh berapa orang dapat nombor 40 tuh...?"

"Ramai gok...Cikgu kata 10 orang dapat nombor 40..."

"Huhhh...Kalu gitu banyok la kasut tinggi Cikgu Nora dapat...."

"Memang pung..."

"Esok...mintok report card ngan cikgu
Lepas tu tanya Cikgu paka saiz berapa
Baru ibu boleh beli..."


Cerita #3
Saya balik petang..
Lewat sikit..
Nina dah siap tunggu kat pintu rumah

"Ibu, ibu, ibu...
Cikgu kata Kaena tak dok mok"
(Tiada emak)

"Bakpe??!!"

"Sebab rambut Kaena macam dok sikat..."

Berg: Doh nak wat guanne..rambut adik memang kinting...

Rambut Nina masa kecik dulu


"Doh dok pe la...esok kita ikat rambut tu...."

Esoknye...
Lepas saya ikat tocang rambut Nina

"Kaena kirim salam kat Cikgu Kaena deh...."

Encik Beanie:
Kaena kirim salam, kabo ke cikgu emak saya masih hidup...

"Ye la"

Petang saya pun tanya kat Nina...

"Kabo dok cikgu
Ibu kirim salam?"

"Dok..sebab ayat daddy tu panjang sangat..."

Huhhh...

Sabtu, 19 April 2008

Saya ngelat...

Saya menipu diri sendiri?
Atau menipu bos?

Malas tahap gaban..
Bile kena travel ke Dungun
Kena dengar amanat big boss...rakaman actually..
Amanat tahun baru katanye...
Tapi skrg daha nak setengah tahun..amanat tahun baru pekebendenya?

Sepatutnya saya kena pergi ari Selasa..tapi saya MC
Salah satu purpose saya MC

Bila masuk opis ari Khamis
Saya disambut dng senyuman manis masin..

"Tak pergi lagi dok?"

"Pergi Dungun? Yup, Saya MC aritu.."

"Takpe la...arini ada lagi.."

Cesss...hampeh
Lepas bertanya dgn beberapa org..pekebende wat kat Dungun tu...
Maka saya mendapat satu akal...

Tiba kat Dewan Cemara pukul 2.30
Saya dengan riaknyer tulis nama & tandatangan...
Bila masuk dewan, tak nampak kerusi kosong
Tapi sib baik ada dua tiga org yg saya kenal, dpt jugak kerusi extra...

Bukti saya mmg attend mende alah tu...

Tepat pukul 3.00, saya blah...
He he he...
Encik Beanie dah tunggu dlm kereta..
Tgh kroh krohhh...

Lepas selesai solat, saya call room mate kat UUM dulu




Saya dan room mate saya...
Kami sama2 semakin expand
Tengah duk diskas psl plan nak holiday tanpa bwk laki

Mihun sup Sedap laa..

ABC Special
Sgt spesel...mengeciwakan..
Kenapa la buh eskem durian..cess

Saya, ex room mate dan current room mate

Rabu, 16 April 2008

MC dua hari

Yu huuu

Dapat MC dua ari...
Tue & Wed...
Memola Dr nak bagi satu hari jek...
Tapi saya mintak dua ari...

Kelas pun dah abis...
Bebudak dah nak peksa..
So skrg study week...
Better saya meng'off'kan diri sekejap

Bukan tak de cuti
Tapi malas nak kaco cuti ...

Dr kata..
Cuaca panas sangat, stress, tak cukup tido, tak cukup rehat...
Tapi bf kesayangan saya itu, Encik Beanie menokok tambah...
Tak exercise....
Memang betul pun....
Malas sgt nak kuor joging ke,
Aerobik dah berzaman tak pergi..

Tapi badan saya mmg rasa tak sedap...
Tuesday..satu hari saya beradu...
Syok giler...
Nama pun MC kan?
Kena la rehat secukupnyer...

Anak2 balik sekolah ...
Encik Beanie belikan ns bungkus...

Tapi ari ni....
Saya nak cover balik apa yg sepatutnya seorang ibu buat bila ada kat rumah...
Semangat berkobar2 nak masak...
Menunya..
1. Ayam masak lemak
2. Sambal tempe goreng
3. Ikan goreng
4. Kobis goreng
5. Gulai daging (panaskan jer...)

Ahad, 13 April 2008

Kedah Juara Lagi Noo...

Kedah menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan gelaran juara Liga Super Malaysia selepas menewaskan Terengganu 2-1 di Alor Setar serta kekalahan mengejut pencabar terdekat, Selangor di Pulau Pinang.

Keputusan malam tadi menyaksikan pasukan Kenari mengutip 53 mata. Dengan hanya tiga perlawanan berbaki selepas ini, Selangor tidak mampu memintas selepas kekalahan 4-1 di Stadium Batu Kawan itu menyaksikan mereka kekal dengan 42 mata.

Bagi pasukan Terengganu, kekalahan di Stadium Darul Aman menyaksikan mereka jatuh ke tangga ke enam dengan 34 mata. Para penyokong Sang Penyu hanya mampu berharap pasukan mereka mampu memperbaiki kedudukan tersebut dengan memenangi semua tiga perlawanan terakhir Liga Super menentang dua pasukan tercorot liga, Pulau Pinang dan Sarawak serta pencabar dari selatan, Johor FC.

Sekiranya ianya berjaya dilakukan maka Terengganu akan berjaya mengakhiri persaingan Liga Super paling kurang di tangga ke lima. Ianya sudah cukup untuk melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia di samping memburu kejuaraan Piala FA kali ke dua.

Terengganu akan bertemu Felda United di perlawanan ke dua suku akhir selepas memenangi perlawanan pertama 3-1 di Kuala Terengganu pada hari Selasa lepas.

Tahniah kepada pasukan Kedah di atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super. Terengganu ialah salah sebuah dari dua pasukan yang berjaya menewaskan Si Kenari musim ini apabila menang 3-1 di Kuala Terengganu pada 23 Disember, 2007.

...

Sabtu, 12 April 2008

Tiada Muka

Tiada muka tu apa?

Tiada muka tu...
Tak payah bayar deposit kalau nak beli kereta...

Deposit tu apa?

Deposit tu duit pendahuluan...bla bla bla.....

Tak paham la ibu....

Tiada muka tu apa?

Tiada muka tu ialah duit yg perlu kita bayar masa nak beli kereta...
Duit muka ialah duit pendahuluan atau deposit...

Doh ibu kata kena bayar kat bank tu...?


Kalo kita beli keta RM80 000, bayar duit muka ....bla bla..bla...

Car price RM80000
Deposit (15%) RM12000
Loan RM68000
If interest rate 3.3% per annum;

Loan period 5 years, installment RM1320

Loan period 6 years installment RM1131

Loan period 7 years installment RM997


Installment tu mende plok?

Installment tu lah yg kena pergi bayar kat bank setiap bulan...

Dok paham la ibu nih...


Perlu ke saya beritahu semua ini kepada seorang kanak-kanak berusia 7 tahun....



Kedai kereta ini lah yg membuatkan saya tak dapat menjawab soalan Nina...
Walaupun saya hampir setiap hari saya menjawab soalan student saya...

Ahad, 6 April 2008

Picnic Date

Ahad ialah hari bekerja di Terengganu. Begitu juga dengan Puan Lucky. Tetapi disebabkan semester sudah hampir ke penghujung maka kuliah sudah hampir diselesaikan.

Jadi adalah peluang untuk "picnic date" bersama Encik Beanie dan anaknya, Nina yang juga merupakan anak Puan Lucky juga (kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya).

Tidak perlu masak, cuma beli nasi bungkus dan kami bertiga pergi ke Taman Rekreasi Batu Buruk. Semua sekali dalam RM15.0 untuk lauk ayam kampung, sotong, telur ikan dan sektul ayam bersama dengan air sekali.

Gambar ala malu-malu

Selepas makan, Encik Beanie dan Puan Lucky meneruskan "dating" buat beberapa ketika sebelum masing-masing menuju haluan masing-masing.

Seronok sungguh dating-dating ni kan? Ini semua bahana dari menonton tayangan tengah malam 'Pretty Woman' malam tadi.

Kepada pasangan yang sudah lama tidak keluar dating, cepat-cepatlah buat date bersama pasangan anda kerana ianya salah satu cara meneruskan semarak cinta anda.

...

Jumaat, 4 April 2008

Arus Perubahan

Tahun ini bukan sahaja menyaksikan pertukaran di dalam arus politik negara, tetapi juga menyaksikan perubahan dalam polisi "TIADA KUCING DI DALAM RUMAH" oleh Puan Lucky.

Pagi-pagi Nina dah bersama dengan Zain.

Ianya sesuatu yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh Nina (dan juga Encik Beanie). Sebenarnya sudah beberapa ekor kucing telah hadir di rumah kami, tetapi disebabkan oleh polisi di atas maka semuanya menghilang begitu sahaja.

Entah mengapa, rumah kami menjadi seperti stesen sentral untuk kucing-kucing datang menumpang, sejak dari Encik Beanie masih kecil lagi.

Pada suatu petang, kucing putih oren ini muncul dalam hidup kami. Apa yang lebih menggembirakan ialah ianya seperti telah di'potty-trained' kerana dia akan mencari tandas untuk 'menunaikan hajat' (salah satu faktor yang melembutkan hati Puan Lucky).

Apakah namanya?

Berg: Ning Baizura!


Mr Beanie: Mana boleh Ning Baizura, dia ni jantan. Anuar Zain bolehlah.

Puan Lucky: Mana boleh Anuar Zain!

Mr Beanie: Okeylah... kita panggil
Zain ajelah.

Berg dan Nina terus sahaja bersetuju dan Puan Lucky hanya mampu menurut sahaja. Paling tidak pun, boleh juga sekali-sekala buat seolah-olah berbual dengan Anuar Zain...

...