Jumaat, 24 April 2009

Chocolate cookies

Since saya dah beli sebijik oven yg kecik dua minggu yg lepas...
Maka cita2 nak buat itu ini pun berkobar2 la..

Tapi yg tercapainya hanya
Roti bakar dgn cheese...

Baru pagi ni
Saya dan Nina berjaya buat chocolate cookies
Nina bercadang nak antar sedikit cookies tu
Pada kakak nya
Yang sedang mengikuti kem motivasi
Persediaan untuk UPSRnya tahun ini


Malam tadi
Nina tak dapat tido
Teringatkan kakak
Even petang semalam pun
Dia dah tak berapa ceria..

Pasal tu la
Saya pujuk dia ..ajak dia buat cookies...
Dia enjoy buat cookies yg bermacam2 bentuk


Dan dia tak sabar nak hantar sedikit cookies yg berbentuk bunga
kepada kakaknya petang ini...

Isnin, 13 April 2009

Apa Sebenarnya?


Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu

Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....

Apa Sebenarnya - Fauziah Latif

One of my fav song...
Lagu ni kawan saya tujukan utk saya
Sebab asyik duk numpang bilik dia
Masa study dulu
Masa 1st year, saya selalu numpang tido bilik dia

Sebabnya takut tido sorang2
Room mate saya selalu balik kampung jumpa laki dia..
Hampir nak abis semester my room mate tu berenti terus..
Dan saya lak..bermastuatin terus kat bilik member tu..

Weekend je balik bilik sendiri...
Balik ambik baju...

Sekarang pun saya ada nak tujukan lagu ni pada seseorang....
Tapi yang pastinya BUKAN Encik Beanie


Saya & tempat yang selalu yang tumpang


Ahad, 12 April 2009

Kopitiam Pak Wan

Selepas keseronokan di Diman Superbowl kami mencari-cari pula tempat untuk menikmati makan malam. Pada mulanya persetujuan dicapai untuk ke sebuah restoran berkonsepkan taman tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Tetapi apabila kami sampai kelihatan ada sepuluh meja yang belum menerima pesanan mereka lantas kami menukar fikiran. Berdasarkan kepada pengalaman lampau, paling awal pesanan kami akan tiba ialah dalam masa sejam lebih.

Destinasi baru dicari dan akhirnya kami bersetuju untuk ke Kopitiam Pak Wan. Kalau ditukar kepada Kopitiam mad redo1 pun menarik juga kan?

Berbeza dengan kopitiam yang dimiliki oleh cha-ya-nun-alif, Kopitiam Pak Wan menyediakan bilik solat untuk kegunaan para pelanggannya yang mengingati tanggungjawab mereka terhadap-NYA.

Kami tidak menunggu lama apabila makanan yang dipesan tiba untuk kami jamah dengan penuh berselera.

Kuantiti hidangannya 'tidak kedekut' dan rasanya tidak mengecewakan. Mee goreng basah dirujuk dengan nama 'Mee Lang Kong' di kopitiam ini mengingatkan Encik Beanie kepada rasa mee goreng talam yang biasa terdapat di pasar-pasar malam.

Menurut Puan Lucky pula sambal nasi lemak yangdihidangkan berasa terlebih manis, walaupun orang Terengganu suka makanan yang manis.

Hidangan lain yang dipesan termasuklah kuey teow halia, kuew teow goreng biasa, sandwich telur bersama cheese dan American Pancake. Buat Encik Beanie tidak banyak yang dirungutkan, malah kos keseluruhan sesi makan-makan kali ini ternyata lebih rendah dari yang dijangkakan.

Lain kali boleh datang lagi.


...