Khamis, 27 November 2008

Jemputan UmiMia

Rancangan untuk makan malam bersama dengan UmiMia telah dibuat sebelum kedatangan kami ke kL lagi. Memang seronok sesi makan-makan bersama dengan kawan-kawan, maka apabila tiba hari yang dijanjikan maka Encik Beanie, Puan Lucky dan AKS berdua serta seorang sepupu mereka pun pergi ke destinasi yang dijanjikan.

Hallamak! Lebuhraya Persekutuan yang penuh sesak menyebabkan Encik Beanie keletihan menekan 'clutch'. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertukar ke Lebuhraya Pantai, suatu langkah yang berjaya mengatasi kesesakan sehinggalah tiba ke Cheras, di mana kesesakan kembali menghantui pandangannya.

Selepas berjaya melepasinya, salah faham tentang terma yang digunakan menyebabkan UmiMia terpaksa keluar dari rumahnya untuk menjemput Encik Beanie dan rombongannya yang sudah tersasar dari haluan sebenar.

Namun kepenatan mengharungi kesesakan itu amat berbaloi dengan hidangan yang disediakan terutama 'lamb stew' yang hampir habis dikerjakan oleh Encik Beanie.

Mia bersama Uminya memang melayan tetamu dengan baik sekali...

...sehinggakan Nina dan Berg bersama dengan sepupu mereka Aishah begitu 'ralit' bermain dengan mainan yang ada.

Sebagaimana Puan Lucky dan Encik Beanie juga begitu 'ralit' dengan hidangan di hadapan mereka.

Dalam pada itu sempat juga berposing untuk 'papamamarazi' yang tekun merakamkan kehadiran kami di rumah mereka malam itu.

Memang seronok dapat berjumpa dengan rakan blogger seperti ini. Walaupun seorang lagi blogger juga bercadang untuk hadir, tetapi terpaksa dibatalkan kerana panggilan tugas ianya membuka peluang untuk bertemu di lain kesempatan.

Buat UmiMia sekeluarga, berbanyak terima kasih diucapkan di atas layanan yang 'first class' serta hidangan yang mmmmuah! sungguh sedap.

Lain kali kita makan-makan lagi ya...

...

Rabu, 19 November 2008

Happy Birthday.........

Happy 38th Birthday

To My Beloved 'AWAK'

Luv U sooooo Much
Sorry this year tak dak present
Coz saya tak mampu nak bergerak sendiri carik awak nyer present...

Anyway petang ni, tiga aweks akan belanja awak makan...

hapdet:

Tiga awek yg belanja makan


Birthday boy kekenyangan

...




Jumaat, 14 November 2008

Thai Food Garden??

Satu Petang yang nyaman...


Selalu lalu kat depan restoran ni...
Tapi tak berkesempatan nak try..
Nama nampak macam best jer..
Dia nyer tempat makan pun nampak cam best..
So saya expect ia offer thai food yang ori...
Ada laksa thai ke...pulut mangga ke...



Maka saya, Encik Beanie dan 2 AKS pun singgah pada satu petang
Lepas saya dijemput dari tempat kerja..
(Saya dah tak drive sendiri sejak perut membuncit ni..)

Expectation saya sangat tinggi bila singgah di sini...
Tapi bila dapat menu..ia sedikit menurun..
Sebab makanan yang di offer macam kat warung tomyam biase jer...
Tak pe la...
Kita try cam ne dianyer food plak..

Encik Beanie punyer...kue tiau radna

Actually mintak mee kuning radna..
Tapi waitress cakap mee dah abis...
Makin menurun saya punya expectation...
Bila try rasa..kira ok la
Tapi bagi Encik Beanie tak capai standard dia lagi..


AKS #1 ...ayam masak merah makan dengan nasi putih


Saya punya...

Mintak bee hoon tom yam putih
Tup tup dihantar nya yang merah..
Sedikit frust..sbb takut pedas..
Makin frust bila cedok punya cedok...
Ayam ngan bee hoon jer..
Seafood tak dak langsung..
Rasanyer lak macam pakai rempah tomyam segera jer...
Sungguh mengecewakan...

Kesimpulan yang bleh saya buat..
Restoran ni tak best...
Nama Talk of The Town sesuai utk jadi bualan bhw food dia tak sedap sangat...
Thai food garden??
Garden dia memang cantik tapi food dia macam kat warung jer ...



...

Jumaat, 7 November 2008

Dapur Yang Dirindui

Selepas asyik bercerita tentang makan di luar sahaja, Puan Lucky dan Encik Beanie semalam kembali ke dapur mereka.

Tidak lama kemudian siaplah hidangan yang sudah hampir menjadi makanan ruji dalam hidup kami, terutama Nina yang tidak sabar-sabar untuk menikmati spaghetti bersama dengan sos klasik.

Encik Beanie pula bertanggungjawab untuk menyediakan 'steak served with coleslaw and mashed potato and herb sauce'.

Semuanya siap untuk kami duduk dan menonton musim ke-tiga The Amazing Race Asia dan juga Heroes yang kembali juga utuk musim ke-tiga.

Jemput makan.


...

Khamis, 6 November 2008

Minum Petang di Kopitiam Uncle Chua

Encik Beanie terus berusaha untuk menjadi seorang 'foodie blogger' yang berdedikasi dengan menulis tentang sebuah lagi tempat 'melantak' di Bandaraya Kuala Terengganu ini.

Hari ini beliau bersama dengan Puan Lucky dan Nina pergi ke Uncle Chua's Kopitiam yang terletak di deretan kedai yang sama dengan Secret Recipe di Kampung Ladang.

Dekor di dalamnya mirip dengan Old Town Kopitiam yang banyak terdapat di Lembah Kelang, suatu tempat yang menjadi kegemaran Encik Beanie untuk melepaskan kerinduannya terhadap kopi.

Menunya tidaklah setebal mana namun ianya mempunyai variasi yang cukup untuk memenuhi keinginan mereka yang ingin makan secara santai.

Kalau kita ke sebuah kopitiam, sudah pasti untuk menikmati kopinya, kan? Maka tidak salah sekiranya meneka minuman yang dipesan oleh Encik Beanie ialah secawan kopi-O.

Ianya tidak mengecewakan dengan rasa kopi yang pekat dan tebal namun tidaklah terlalu pahit.

Nina yang mengadu kelaparan menikmati mee rebus bersama dengan Encik Beanie.

Namun selepas terlalu lama menunggu kerana selalu sahaja mee rebus itu masuk ke dalam mulut Encik Beanie, Nina merampas kuasa dan mengambil alih sudu dan garfu dari tangan 'daddy'nya itu.

Buat Puan Lucky pula dia memilih untuk menikmati 'char koay teow'. Menurutnya ianya digoreng bersama dengan jumlah kerang yang agak banyak serta mempunyai rasa kekacangan.

Sekejap sahaja ianya sudah berjaya dihabiskan...


...oleh Encik Beanie.

Tidak cukup dengan itu, Encik Beanie turut memesan 'peanut butter toast' yang sebagaimana disarankan oleh namanya, disapu dengan mentega kacang yang tebal dan ditaburi pula dengan butiran kacang yang telah dihancurkan.

Harganya berpatutan dengan kos untuk semua makanan dan minuman di atas tidak melebihi RM15. Sesiapa yang ingin mencuba sesuatu yang santai bolehlah ke kopitiam ini.


...