Jumaat, 29 Jun 2007

Suatu Kematian

Pagi Jumaat bermula dengan langit yang suram. Hujan turun rintik-rintik sejak dari semalam menambahkan kesejukan yang dirasai. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan rumah.

Pemandu dan penumpang kereta berkenaan membawa berita yang menyedihkan. Kematian telah menjemput salah seorang dari ahli keluarga kami.

Selepas menikmati juadah pagi di Kari Asha dan 'menapau' sarapan untuk kedua-dua Ainnur, kami pulang ke rumah dan bersiap bersama dengan Cik untuk menziarahi si mati, anak saudara kepada Cik, bermakna dia ialah sepupu aku.

Hujan terus turun sepanjang perjalanan.

Sebenarnya aku tidak suka menghadapi suasana sebegini. Mungkin disebabkan oleh aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada keluarga yang telah pergi itu. Memang aku mengenali mereka, tetapi dalam keadaan sekarang bukanlah tempat untuk bertukar berita dan gosip semasa.

Maka aku akan duduk di suatu sudut, menyendiri dan berharap tiada yang akan datang menyapa atau cuba memulakan perbualan dengan aku. Bukanlah berniat untuk menjadi sombong tetapi bimbang sekiranya ada kata-kata yang boleh menambah kesedihan yang dirasakan.

Allahyarhamah meninggal lebih kurang sejam sebelum azan Subuh berkumandang tanpa menderita apa-apa penyakit. Sepanjang pengetahuan aku begitulah keadaannya, tidak sakit.

Ianya membenarkan sabda Rasul-Allah (s.a.w.) yang mengingatkan kita bahawa "mati akan datang dengan tiba-tiba".

Adakah kita beringat?

Al-Fatihah

Khamis, 28 Jun 2007

Minggu yang penat

At last, aku bloging jugak...bukan apa sebenarnya aku tak pandai tulis ayat...
But i have no concrete reason for not to blogging..coz aku dah abis kelas belajor aku

Minggu lepas yang sangat penat...mental dan fizikal...
Started from last friday aku macam orang tak de anak laki..
Hari jumaat, kelas terakhir E-commerce sedih gakss.. Lepas ni dah tak de kelas
Tinggal tesis je..
Tesis masing-masing buat sendiri..

Hari jumaat tu la presentation..hari tu la jugak final exam..



Presentation ni rileks je.. sebab lecturer tak banyak tanya...










Grup aku...Mima mula dulu...











Bosan tunggu turn nak present...


Lepas present terus balik rumah ...dari Dungun ke KT..
Jauh jugak dlm 80km...
Get ready nak pergi Pulau Perhentian...

Sampai je kemas baju...terus tido...
Anak makan apa pun aku tak tahu..
Semua boifren uruskan...sekali-sekala..










Kat pulau..tak semua classmate join ..10 orang je yang pergi...
Nak buat macamana masing-masing banyak komitmen...
Memang best ..yang tak pernah snorkelling sampai tak nak balik..
Termasuk la aku...
Malangnye aku kena balik petang tu jugak...
Atas sebab yang aku sangat tension..So tak sempat nak join bbq malam tu..
Dah lah susah nak pergi trip ke pulau...
Sebabnya tak de geng...
Boifren kurang skitt aktiviti camni.. ada masalah kulit...
Ada sesiapa nak pergi Perhentian??













Aku yang penat snorkelling


Lepas tu aku kena attend course kat Shah Alam..
flight pagi buta esoknya....
Lama lak tu 4 hari.....

Thank you for my boyfriend..coz tolong jaga anak-anak..Luv U..cup..cup..cup

Rabu, 27 Jun 2007

Bon Voyage...


Our friend Akmalia will depart for New Zealand tonight to further her studies. Accompanying her to keep her warm during cold nights there are her hubby and daughter.



Malia..thank very much...
Minah ni memang baik..selalu tolong orang
Selalu tolong aku buat assignment, selain boifren yang duk betulkan English.
Malangnye tak sempat makan triffle awak sebelum pergi








Aku dan akma

Dia memang rajin, sokmo ada aktiviti luar dengan student..susah nak cari orang canggini
Sebab tu jadi Favourite Lecturer dinner ari tu..
Akademik visit ari tu memang best la Malia..

Farewell lunch dengan kawan-kawan KYT







Kak Za our beloved boss

Lauk 8 jenis kat Penyu

Ahad, 24 Jun 2007

Bismillahirrahmanirrahim

Our first attempt to have a common blog.

After a number of times mad redo1 tries to convince his awak to join the blogging world, finally today she relented after he presented her with the concept of a joint-blog a-la The Travelling Ducks from Singapore.

Hence the title of this blog, after more ten years in the business of being Mr Lucky and Madame Beany.

Hopefully, this will work out fine.