Isnin, 31 Disember 2007

Larian Bandaraya

Sempena menyambut pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya, pihak AKS telah menganjurkan sebuah pertandingan lumba lari di Pantai Batu Buruk pada 30-12-2007. Hanya tiga orang peserta mengambil bahagian iaitu Nina, Keberg dan mad redo1.

Garis permulaan yang berbeza apabila mengambil kira 'handicap' para peserta.

Nina dengan pantas meluru ke hadapan sebaik sahaja Linda memberi kata 'GO!' sehingga tiada di dalam gambar.

mad redo1 yang sudah melebihi paras BMI yang optimum mula mengorak langkah untuk mengejar kedua-dua orang AKS.

Dia berjaya menyamai kedudukan kedua-dua AKS...

...dan seterusnya mendahului.

mad redo1 terlebih dahulu sampai ke garisan untuk berpusing.

Nina mempunyai garisan pusingannya sendiri namun mad redo1 sudah pun membuat pusingan ketika Berg baru sahaja sampai ke garisan tersebut.

Tiba-tiba berlaku tragedi! Nina tersilap langkah dan terus sahaja terjatuh ke atas pasir!

mad redo1 meluru ke hadapan sementara Berg terpaksa mengambil langkah untuk mengelakkan pertembungan dengan Nina yang tergolek 'dog' di atas pasir.

Kini tinggal dua orang sahaja peserta yang dalam perlumbaan ini.

Berg cuba dengan sedaya-upaya untuk mengejar...

...namun ternyata mad redo1 sudah terlalu jauh di hadapan.

Nina tiba sejurus kemudian.

Dengan protes.

"Rasa macam ada orang tolok je..."

Dan sebagaimana biasa, ianya menjadi titik permulaan untuk satu lagi sesi perang mulut di antara kedua-dua AKS.

Nina ditanam di dalam pasir selepas protesnya di tolak, di belakang ialah Hotel Primula Beach Resort (mungkin tempat Leeds tinggal ketika melawat kT sewaktu dia kecil dahulu)

mad redo1 berehat bersama Linda selepas menghabiskan perlumbaan yang sebenarnya mempunyai tiga saringan. Berg memenangi saringan pertama, Nina yang kedua apabila mad redo1 dan Berg pula yang tergolek di atas pasir.

"Eh! Apa ni?"
"Apa?"
"Emas ke?"
"Mana ada?"
"Jap saya tengok..."

"Ooo... pasir je."
"Saya mana ada emas, selalu lombong tau!"
"Pastu letak merata-rata..."
"Hehehe... kan pompuan suka emas..."
"Emas awak tak leh jual, tu masalahnya!"

Sebelum meninggalkan Pantai Batu Buruk, mad redo1 sempat merakamkan pemandangan matahari terbenam secara ala-kadar dengan bangunan Hospital Sultanah NurZahirah (dahulunya Hospital Kuala Terengganu) sebagai 'foreground'.

Kepada sesiapa yang ada masa terluang serta bajet yang ala-kadar, datanglah ke Terengganu untuk menenangkan fikiran serta bersantai (kalau nak shopping takleh dengan bajet ala-kadar pulak, kan?)

...

Isnin, 24 Disember 2007

Aku juara boling...muaahhha ha ha.....

Lama dah tak buat entry....
Dek kerana aku bz dengan segala urusan duniawi..
Antaranya pergi kerja balik kerja..baca artikel & tulis tesis..acara makan-makan dan yang best sekali tidurrr....

Maka aku pun nak citer pasal .....
Aku juara boling kolej...muaah ha ha ha...

Bila PA CEO kolej mintak aku organize tournament boling..
Aku tolak mentah2 kononyer bz..
So dia mintak orang lain yg organize...

Dengan tiga orang lagi kawan..
Maka aku pun register team aku dengan nama 'Vogue Lebih'..
Sebab dah tau kami tak pandai main..tapi gaya jer lebih...
Oleh kerana bz sangat team aku ini tak dapat turun training walaupun salah sorang tu tak penah main sepanjang hayat idup dia...
Kami sepakat untuk main suka-suka jer...
Yang pastinya dapat hadiah...saguhati sudahlah...

Pada hari berlangsungnyer tournament tersebut...
Dua orang team aku..telah bertindak kurang sopan kerana tidak menghadirkan diri...
Alasan sorang tu..sakit kepala
Sorang lagi..bz sangat walaupun pada mulanya berjanji nak datang tapi lewat sikit...
Memang sungguh hampeh kawan-kawan ku itu....

Maka aku dengan panas ati yang melampau tidak dapat perform dengan baik...
Apatah sorang lagi yang tak penah main hayat idup dia...
Dan tempat yang dua lagi tu diganti oleh urusetia yang baik ati....

Tapi yang ajaibnyer...
Team Vogue Lebih ini telah diumumkan sebagai juara perempuan...
Masa nak amik hamper tu..aku puzzle giler..
Dia orang ni tak pandai matematik ke aper?
Tak kan score team aku yang highest?
Tapi aku control vogue jugak untuk pergi menerima hamper yang besar itu..
Maka bergermelapan lah flash2 kamera amik gambo aku yang tersengih merenyih bersama hamper itu...

Namun..saat yang bahagia datang sekejap saja...
Sebaik sajer abis acara bagi2 hamper tu...
Ada lah sorang minah ni meluru ke meja urusetia..
Dan aku mula syak dia mesti tak puashati dgn kemenangan team aku tadi...

Memang betul...
Sebaik sajer minah itu berlalu pergi..
Aku pun pergi mendapatkan urusetia untuk bertanya
Memang benar.
Minah itu claim score team dia tersalah kira..tidak sepertimana yang dia catat....
Tah apa-apa lar minah tu..
Nak kata dpt no 2 idak lah..ni dia pun saguhati ajer...
Aku tau la dia terer tapi member2 team dia tak terer...that's why team nko tak menang...

Urusetia meminta aku memulangkan hamper besar itu..
Untuk mereka menilai semula sapa sebeno nye juara...
Maka aku dengan perasaan bercampur takpuashati dgn minah itu...
Merelakan hamper itu diambil semula....

Champion for Tournament awal tahun
Menang sbb join team laki2..he he he...


Hingga ke ari ini..
Aku tak tau team mana sebenarnyer champion
Yang pastinyer..
Muka aku yang tersengih2 amik hadiah no. satu..
Ko nak sangat hamper tu amik lar..
Hamper bleh beli tapi orang amik gambo kita as champion mana nak carik?

Jumaat, 14 Disember 2007

Gelap!!!

Malam tu, apabila kami sampai ke rumah selepas membeli-belah di Giant, kami mendapati rumah berada dalam keadaan gelap-gelita.

Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus disebabkan oleh seekor tupai yang melintas di atas kabel elektrik dan telah menyebabkan berlaku litar-pintas disebabkan tubuhnya yang basah.

Maka bergelaplah kami.

Sambil menunggu pihak TNB memulihkankan bekalan, kami bermain-mainlah dengan lilin yang dinyalakan untuk menyinari ruang rumah secara ala kadar.

Sebagaimana biasa, kedua-dua AKS menemui jalan untuk menjadikan keadaan bergelap itu suatu keadaan yang meriangkan.

Ini termasuklah menyuruh Cik membuat 'pose' dalam kegelapan itu. Nak layan cucu, maka ibu Encik Beanie itu pun buatlah apa yang disuruh.

Selepas itu Encik Beanie pun terasa ingin turut sama mengabadikan wajahnya di terangi cahaya suram itu.

Agak lama juga pihak TNB mengambil masa untuk memulihkan keadaan tetapi kami bersyukur bekalan dapat dipulihkan sebelum tengah malam.

...

Ahad, 9 Disember 2007

Puan Lucky Masuk Suratkhabar


Dalam dok melepak kat Awana Kijal, tetiba je telefon Puan Lucky berbunyi. Lepas dia pot-pet dengan pemanggil tu buat beberapa lama barulah Puan Lucky datang tanya ada tak suratkhabar Sinar Harian kat lobi.

Memang Mr Beanie dah nampak tergantung tadi kat rak. Jadi tanpa membuang masa teruslah Puan Lucky mengambilnya dan membelek-belek hingga tiba ke suatu lembaran.

Terus sahaja dia menunjukkan lembaran tersebut kepada Mr Beanie.

Ooooo... artikel mengenai dia rupanya.

Masuk suratkhabar lah pulak Puan Lucky nih.

Satu geng lah pulak dengan Red Mummy...

Apa-apa pun, Mr Beanie okay dengan artikel tuh, especially bila cerita "...mendapat sokongan suami sepenuhnya."

...

Isnin, 19 November 2007

Happy Birthday

Happy Birthday
To my roommate, best friend, boy friend, ex fiancee and....
My beloved Hubby....Encik Beanie
You are my everything
Luv U cup cup cup...

Rabu, 31 Oktober 2007

*&+*##@#$$@@@*&+*


Saya mungkin menyepikan diri utk sekian lama...
Doakan saya berjaya
Siapkan tesis sebelum Feb 2008.

Selasa, 23 Oktober 2007

Kemaruk Makan

Ari tu masa bulan posa turun 5 kilo...
Sekarang tak sampai 2 minggu
Dengan jaya nyer mendapatkan balik 5 kilo yang hilang itu...

Raya baru ni memang menjadi-jadi selera makan..
Sehingga ari ni masih nak makan... nak makan..dan nak makan..

Pergi open house ari tu semua saya tibai nasi...
Yang mana kebanyakkan nyer offer nasi dagang...

Kepok goreng..
Takleh hidup tanpa nyer...


Namun satu lagi makanan tak jumpa lepas raya ni..
Nasi kerabu..my fav..
Tak sempat nak nyantap lagi nasi kerabu saya itu...

Candid oleh Encik Beanie..
Tengah syiokk giler...


Mak masak memang bestttt...
Pinggan kecik ajer..sbb nak control..

Posing ala2 makan sikit...

Yang tak patut di contohi...
Gelas kiri kanan...



So kenapa lama saya tak buat entry?
Sebab saya bz makan....

Jumaat, 12 Oktober 2007

Khamis, 4 Oktober 2007

Bermewah2 buka puasa

Hari selasa baru2 ni..
Akak berbuka kat Heritage Bay
Tempat Monsoon Cup berlangsung

Opis akak yang buat..
Khas utk staf sajer..
Sapa2 nak bawak famili bayo sendiri...
So akak tanya la bf akak tu..
Tapi encik Beanie kata tak payah ler..
Membazir jer..
Bukan makan banyak pun masa buka posa...

Akak lepas makan kat situ pun baru ku sedari
Memang membazir...utk harga RM49.00

Apa yang akak makan?
Dek kerana majlis bermula agak lewat...
Bila dah nak azan ataupun kat sini bunyi meriam @ bedil
Akak tak sempat nak berebut dengan orang amik makanan
So akak berbuka le dengan...

Tart buah, puding dan bluberry pai

Minum air tebu segelas kecik
Lepas tu bila nampak orang dah reda kat area bufet tu
Baru le akak amik nasi...

Nasi putih, ikan sweet sour, puyuh goreng,
tempe goreng dan ayam masak merah

Lauk lain dah abis..
Tak de la pulak menampakkan aksi2 untuk refill lauk2 tu...

Ini pulak jeruk

Akak tak tau ler
Dia orang serve untuk 2 orang ke 200 orang...
Akak ni memnag kuat makan jeruk..
Frust le jgk nengok jeruk yang ala kadar ni..

Jeruk sebijik dua dan tandori kambing

Kerabu 3 jenis + 1 salad

Ni pun macam nak serve untuk 10 jer..
Gambar ni di ambik sebelum majlis bermula
Masa akak nak makan semua dah abis..


Kuih opis bagi kat staf

Walaubagaimanapun akak bersyukur dengan rezeki hari tu..

Akak yang malang

Since dah masuk malam ke sepuluh terakhir Ramadhan ni
Maka akak pun bergagah le skit pergi masjid
Sembahyang terawih kat masjid..

Tapi malam ni agak malang la..
Mungkin cubaan yang ingin menguji darjah kesabaran akak ini..
Sudah le lambat sampai kat masjid Al Taqwa..
On the way nak pergi masjid..terbatallah pulak wudhuk..
Sejadah pun tertinggal la pulak..

Sampai kat masjid, tuk bilal dah iqamah dah...
So terkedek2 la akak ni bersama minah2 akak tu menaiki tangga masjid.
Udah le nak cepat, ambik wudhuk, si Nina pulak sibuk jugak nak berwudhuk
Lagi la lambat..

Tup2 akak tertinggal la satu rakaat drp tuk imam
Tak pe la..memang salah akak pun..

Tapi yang akak geram sangat ni..
Dengan sorang budak laki, mak dia bawak bersama2 maid indon..
Kebetulan kosong kat sebelah maid indon itu, akak pun mencelah lah solat isyak kat situ..
Tengah2 khusyuk solat..budak laki tu duk main depan maid dia yg tgh solat..
Akak punya la tension ms tu...akak tak tau dah apa yang akak baca ms tu..
Budak laki2 tu asyik duk main celah akak dgn maid dia...
Hihhh geram sungguh aku!!!!!

Tetiba tgh sujud rakat ke brp ntah nyer..
Budak laki2 tu jatuh atas kepala akuuuu....
Bengang giler akak dibuatnyer..udah ler kepala aku sakit..
Kalo ikutkan ati mau aku..tonyoh jer budak tu...
Tapi akak teringat akak ni tgh solat...
So dalam ati akak istighfar banyak2...
Geram tak tau le nak citer...
Memang solat isyak akak tadi penuh dgn kegeraman...

Lepas solat, cepat2 maid indon tu bawak budak tu ke belakang...
Akak ingat lepas abis solat akak nak cakap la sikit ngan maid indon tu...
Ajar sikit budak tu..tak baik main depan orang tgh solat..
Bukannyer budak kecik budak dah besar agak2 umur 4 thn rasanyer..

Tu masa solat isyak.
Then masa terawih, akak pun try la nak mencelah mana2 saf yang kosong..
Ada la satu tempat kosong..tapi tak de sejadah..
Tak pe lah..inikan masjid..dah ada karpet pun...
Bumi Allah ni mana2 pun bleh solat ye tak?

Tapi yang sedihnyer..dalam saf tu akak sorang jer tak bersejadah..
Sujud berlapikkan karpet la..
Orang sebelah kanan tu memang dah share dgn orang sebelah dia..
Tapi yang akak kesalkan orang sebelah kiri akak..
Udah le sejadah besar dan agak cantik la..
Tak de ler nak bentangkan memanjang utk akak ni sujud atas tu skali...
Iskh..iskh..iskhh..
Akak cuba tenangkan ati ..
Tapi yang dah dahsyatnyer..minah tu siap pandang lagi kat aku ni..
Seolah2 aku ni macam tak de hidung...
Walhal nyer aku tak de sejadah ajer...
Udah le dia tak nak rapat dengan aku...
So saf akak tu seolah2 terputus antara akak dan minah tu...
Akak tau ler sejadah dia cantik..
Kalo tak nak bagi aku tumpang..tak pe..
Tapi jgn la sampai putus saf...

AKak rasa bab2 share sejadah ni memang parah ler
Kalo sejadah mereka sedepa lebarnyer pun..
Jarang yang nak berkongsi..
Duduk la solat sorang2 kat situ sampai terputus saf...

Agaknyer..design sejadah sekarang yang patut dipersalahkan

Rabu, 3 Oktober 2007

Beef Steak a'la mad redo1

Tidaklah En Beanie menjangkakan ramai nak buat beef steak a'la mad redo1 tuh. Sebenarnya, tak adalah susah sangat.

Encik Beanie pergi Giant Hypermarket, beli sirloin yang sudah dipaket, beratnya lupalah plak tapi tebalnya dalam 1/2 inci je. Balik rumah, marinate daging tuh dalam sos yang anda suka, dalam kes ini Encik Beanie menggunakan sos HP.

Kalau nak masak waktu petang, marinate daging tersebut pada malam atau waktu pagi supaya ianya berada dalam campuran berkenaan sekurang-kurangnya 8 jam. Jangan pulak letak dalam ruangan beku, sebaliknya simpan di ruang biasa sahaja peti sejuk anda.

Bila dah nak masak, keluarkan daging tersebut dan selepas ianya dah selepas ianya dah berada pada keadaan suhu bilik, masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama dengan sedikit sahaja minyak zaitun yang 'lebih dara' (?) (extra virgin olive oil).

Sekiranya ketebalan daging itu dalam 1/2 inci, ianya akan mengambil masa selama 5-6 minit untuk 'rare', 8-9 minit untuk 'medium' dan 11-12 minit untuk 'done' pada api yang kecil. Kalau nak rasa rentung sikit, gunakan api sederhana...


Wokeh, sekarang untuk gravy pulak.

Macam biasa kita kena ada bawang putih dan bawang merah. Encik Beanie suka bawang, dia guna banyak bawang, tapi kalau untuk biasa mungkin setengah atau sebijik bawang pun dah cukup.

Hari tu Encik Beanie gunakan cendawan yang dipetik 'fresh' dari kebun. Untuk menjadikan ianya rasa 'black pepper', Encik Beanie menggunakan sos lada hitam, hari tuh keluaran 'Muslim Best', tapi ni semuanya bergantung pada cita rasa tukang masaklah kot.

Tumis bawang putih, pastu bawang merah dengan menggunakan minyak zaitun jugak. Bila dah bau sedap tuh masukkan sos lada hitam mengikut keperluan. Masukkan tepung jagung kalau ingin menjadikan kuah itu lebih pekat. Anda juga mempunyai pilihan untuk memasukkan kiub pati lembu sekiranya diperlukan.

Masukkan cendawan, gaulkan dan selepas itu biarkan ianya 'simmer' antara 5-10 minit bergantung kepada kuantiti yang dimasak.


Dah siap semua tuh kita buat side-dishes pulak.

Encik Beanie tak tanam 'broccoli', jadi sayur tuh kena beli kat Giant. Begitu juga dengan sayur kobis yang biasa serta yang warna 'purple' untuk dibuat 'coleslaw'. Satu lagi ialah ubi kentang.

Celur brokoli tersebut sehingga agak-agak dah masak. Kobis tuh kendaklah dimayang halus-halus, tetapi kalau nak rasa yang ranggup boleh buat saiz besar sikit. Puan Lucky suka kalau 'coleslaw' tuh halus-halus, so Encik Beanie ikutlah kehendak kekasih hatinya itu. Gaulkan kedua-dua kobis tu dan campurkan mayonis secukup-cukupnya.

Basuh ubi kentang dengan bersungguh-sungguh dan sila buat beberapa tikaman supaya bahagian dalamnya lebih cepat masak. Kalau ada micromave oven, letakkan kat tengah-tengah dan set untuk 20 minit.

Kalau tak ada microwave oven, balutkan ke dalam foil dan letak kat atas api selama 30 minit. Bila dah masak silah buat belahan kat ubi tuh, kopek sikit dan masukkan 'grated cheese' ke dalam ruang berkenaan dan biarkan keju tersebut cair bila terkena bahagian dalam ubi yang panas itu... kita pun kena berhati-hati jugak pasal ubi tuh memang panas.


mmmmm... ada apa-apa tertinggal ke? rasanya dah cukup sumer dah apa yang Encik Beanie buat hari tuh.


Oh ya, masukkan ke dalam pinggan, atur semua brokoli, coleslaw dan ubi kentang dan selepas daging itu masak, letakkan daging tersebut dalam pinggan itu sekali dan letaklah kuah sebanyak mana yang anda suka, banjir ke, surut ke... suka hatilah.


Jangan lupa, ambik gambo dan post kat blog... hehehe...


Selamat mencuba!

...

Sabtu, 29 September 2007

Pasar Payang

Hari ini agenda pergi Pasar Payang
Nak cari sampin songket
Ada orang KL & Melaka kirim
Encik Beanie tak nak ikut...
So aku pergi ngan Ain jer..
(it is better actually)

Ingatkan nak tinggal jer minah2 aku ni kat rumah..
Sori la, bila dia orang tahu ibu dia orang nak pergi pasar
Macam2 lak benda yang nak dibeli..

Ni aku nak promote songket terengganu skit...

Ini songket bunga tabur
Harga dari RM120 jer

Yang ini songket pelikat ada bunga skit2
Harga yang benang emas penuh RM180
Kalo yang benang emas skit2 dari RM150 rasanyer2
Tak ingat sangat la

Yang ini ada benang emas + perak
Harga mahal skit dari RM250

Yang ini songket penuh
Harga kalu tak silap dari RM200


Yang belakang AKS ni songket penuh jugak
tapi warna coklat

Harga aku tak ingat la..

Ni kain sutera untuk baju pompuan
Harga pun agak2 dari RM150 kut...
Malas nak belek2 sebab baru jer beli bulan lepas..

Mak Teh dia orang tak tau nak pilih yang mana satu

Tokeh kedai tu kata songket ni ada macam2 jenis
Yang mahal gilos pun ada...harga sampai berbelas2 ribu..
Nak beli songket kena berhati2 takut terbeli yang tak ori..
Tapi dia cakap dia jual yang ori jer..tak tau ler..
Akceli aku pun ada gak skill nak nengok benda tu ori ke idak..
Yang pasti kami beli tu memang ori...

Lepas membeli belah songket..satu jer kami beli..
Kami jalan2 sambil tengok tudung
Tapi susah nak cari tudung bawal no.1
Sebab peniaga ni dah campur aduk dengan tudung no lain2
Tapi harga sama jer..
Last2 kami tak beli...
Aksi Nina sebab terlalu bosan

Lepas AKS#2 tu dah semacam...
Mintak macam2 termasuk air & makanan
Baik kami beransur
Bandar Kuala Terengganu dari tingkat atas Pasar Payang