Rabu, 3 Oktober 2007

Beef Steak a'la mad redo1

Tidaklah En Beanie menjangkakan ramai nak buat beef steak a'la mad redo1 tuh. Sebenarnya, tak adalah susah sangat.

Encik Beanie pergi Giant Hypermarket, beli sirloin yang sudah dipaket, beratnya lupalah plak tapi tebalnya dalam 1/2 inci je. Balik rumah, marinate daging tuh dalam sos yang anda suka, dalam kes ini Encik Beanie menggunakan sos HP.

Kalau nak masak waktu petang, marinate daging tersebut pada malam atau waktu pagi supaya ianya berada dalam campuran berkenaan sekurang-kurangnya 8 jam. Jangan pulak letak dalam ruangan beku, sebaliknya simpan di ruang biasa sahaja peti sejuk anda.

Bila dah nak masak, keluarkan daging tersebut dan selepas ianya dah selepas ianya dah berada pada keadaan suhu bilik, masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama dengan sedikit sahaja minyak zaitun yang 'lebih dara' (?) (extra virgin olive oil).

Sekiranya ketebalan daging itu dalam 1/2 inci, ianya akan mengambil masa selama 5-6 minit untuk 'rare', 8-9 minit untuk 'medium' dan 11-12 minit untuk 'done' pada api yang kecil. Kalau nak rasa rentung sikit, gunakan api sederhana...


Wokeh, sekarang untuk gravy pulak.

Macam biasa kita kena ada bawang putih dan bawang merah. Encik Beanie suka bawang, dia guna banyak bawang, tapi kalau untuk biasa mungkin setengah atau sebijik bawang pun dah cukup.

Hari tu Encik Beanie gunakan cendawan yang dipetik 'fresh' dari kebun. Untuk menjadikan ianya rasa 'black pepper', Encik Beanie menggunakan sos lada hitam, hari tuh keluaran 'Muslim Best', tapi ni semuanya bergantung pada cita rasa tukang masaklah kot.

Tumis bawang putih, pastu bawang merah dengan menggunakan minyak zaitun jugak. Bila dah bau sedap tuh masukkan sos lada hitam mengikut keperluan. Masukkan tepung jagung kalau ingin menjadikan kuah itu lebih pekat. Anda juga mempunyai pilihan untuk memasukkan kiub pati lembu sekiranya diperlukan.

Masukkan cendawan, gaulkan dan selepas itu biarkan ianya 'simmer' antara 5-10 minit bergantung kepada kuantiti yang dimasak.


Dah siap semua tuh kita buat side-dishes pulak.

Encik Beanie tak tanam 'broccoli', jadi sayur tuh kena beli kat Giant. Begitu juga dengan sayur kobis yang biasa serta yang warna 'purple' untuk dibuat 'coleslaw'. Satu lagi ialah ubi kentang.

Celur brokoli tersebut sehingga agak-agak dah masak. Kobis tuh kendaklah dimayang halus-halus, tetapi kalau nak rasa yang ranggup boleh buat saiz besar sikit. Puan Lucky suka kalau 'coleslaw' tuh halus-halus, so Encik Beanie ikutlah kehendak kekasih hatinya itu. Gaulkan kedua-dua kobis tu dan campurkan mayonis secukup-cukupnya.

Basuh ubi kentang dengan bersungguh-sungguh dan sila buat beberapa tikaman supaya bahagian dalamnya lebih cepat masak. Kalau ada micromave oven, letakkan kat tengah-tengah dan set untuk 20 minit.

Kalau tak ada microwave oven, balutkan ke dalam foil dan letak kat atas api selama 30 minit. Bila dah masak silah buat belahan kat ubi tuh, kopek sikit dan masukkan 'grated cheese' ke dalam ruang berkenaan dan biarkan keju tersebut cair bila terkena bahagian dalam ubi yang panas itu... kita pun kena berhati-hati jugak pasal ubi tuh memang panas.


mmmmm... ada apa-apa tertinggal ke? rasanya dah cukup sumer dah apa yang Encik Beanie buat hari tuh.


Oh ya, masukkan ke dalam pinggan, atur semua brokoli, coleslaw dan ubi kentang dan selepas daging itu masak, letakkan daging tersebut dalam pinggan itu sekali dan letaklah kuah sebanyak mana yang anda suka, banjir ke, surut ke... suka hatilah.


Jangan lupa, ambik gambo dan post kat blog... hehehe...


Selamat mencuba!

...

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak cuba tapi malas..
camna tuh kak?

Red Mummy berkata...

panjang nye cara nak buat

nak tu nak ni

wuii

aku pi chillis or tgif je lah kak..

otherwise

masa korang nak mai kl

tapaukan sekali

mad redo1 berkata...

redWGG & red mummy - ini posting mad redo1 le, apsal plak dok refer ke kak tuh... sesia je dok taip pepagi buta...

lembu punya susu sapi juga glamer...

AARRRRGGGHHHHHH!!!

sd. berkata...

i'll try someday.

wait for the photos in my diary k abg mad.

salam buat puan lucky. ;)

UmiMia berkata...

Huh..ok...nanti I buat lak kat umah....kita nak buat lamb black pepper lah...nyam nyam..

apa nak tension nyer abg mat ooii...dah memang org tau ni abg mad yg masak kan....pandai abg mat ni kan..kak linda....

Red Mummy berkata...

sbb aku dah set kat pala aku

yang blog ni bini ko nye

yg pekebende blog ko

sukatik aku la kannnn

ko jgn lupa tapaukan steak aku tu bila mai kl..

dont want keropok anymore

azrid berkata...

red,
pe kata lepas raya ni
kami pergi rumah ko..suruh abg mad ko tu masak
akak takut kalo bwk dr KT basi la plak..7 hrs journey la kan..

MOLY berkata...

nape tak de gambo ???
:D

panjang tol orang tuh tuliskan dlm blog akak nih.. hehehehe

Red Mummy berkata...

kak linda

org dah kata pas raya umah katup..x de open house x de org leh dtg umah

hanya aku ngan anak2 je yg ada

sirman tarak lah

so suh laki ko msk kat umah biras dia pastu calling2 pastu aku pun sampaiiiiii

hiskk

muka x malu tol adik ko ni kan

mad redo1 berkata...

oooo... itu macam aaa?

apa kata kita buat sesi BBQ kat tepi kolam VA, chantekk tak?

Red Mummy berkata...

kolam ditutup setaun

hahhahhahahha

azrid berkata...

susah2 sgt meh turun trg la
mkn kat sini & leh gi soping songket skali...