Khamis, 26 Julai 2007

Puan Lucky Main Futsal - Episod 2

Selepas menjalani latihan intensif beberapa hari maka Puan Lucky dengan penuh semangat turun ke gelanggang futsal buat pertama kalinya untuk suatu perlawanan. Sebagaimana biasa Encik Beanie akan berada bersama untuk memberi semangat bersama-sama dengan AKS.

Puan Lucky bersedia di kawasannya

Selepas sesi memanaskan badan selama beberapa minit, tiba-tiba Encik Beanie yang bercadang untuk menjadi jurukamera diminta menjadi pengadil perlawanan. Selepas memastikan semua berada dalam keadaan yang sedia, perlawanan dimulakan.

Encik Beanie menghadapi masalah mengenali siapa bermain untuk pasukan mana kerana semuanya tidak memakai 'bib' (pengajaran untuk perlawanan akan datang). Ramai yang baru pertama kali bermain futsal jadi ianya menjadi seperti permainan budak darjah 1 di mana semuanya pergi mengejar bola tanpa mengira posisi.

Perlawanan rancak berlangsung

Sememangnya keadaan tersebut tidak boleh disalahkan kepada para pemain kerana kebanyakan mereka inilah kali pertama mereka bermain futsal. Ada dua orang pemain yang mempunyai bakat tetapi tidak dapat menonjolkan permainan sebenar kerana tiada bantuan dari rakan sepasukan yang lain.

Persembahan Puan Lucky? Tiga gol dilepaskan tetapi ianya bukan berpunca dari beliau, malah latihan yang dilakukan banyak membantu menghalang pasukan lawan dari menjaringkan lebih banyak gol.

Keputusannya: Pasukan Puan Lucky kalah 3-2.

Encik Beanie kata: "Not bad, not bad at all..."

Tiada ulasan: