Isnin, 23 Julai 2007

6 Perkara Pelik Mr Beanie

Lestat punya hal suka-suka tag orang... so kira boleh buat le sikit-sikit kot, 6 je kan?


Apa yang pelik sangat tentang Mr Beanie? Silalah buat penilaian sendiri...

1. Sokong Arsenal masa orang sibuk sokong Liverpool & Man U
Masa sekolah rendah dan menengah dulu (tahun 70an & 80an tuh) boleh dikatakan semua orang akan menyokong Liverpool, 90an Man U. Tapi entah mengapa Mr Beanie lebih tertarik kepada Arsenal sampailah sekarang (Mr Beanie membebel hal-hal Arsenal kat sini )

2. Suka berjaga malam tapi suka jugak tidur...
Malam best, pasal rasa tenang je dan sejuk rasanya. Tapi kalau dah rasa nak tidur mana-mana aje Mr Beanie boleh tidur, berdiri dalam LrT, dalam bas, masa bawak kereta, tengah borak even dalam paip pun pernah tidur.

3. Suka naik motosikal dalam hujan (betullah, rasa macam dah pernah buat tag nih...)
Hujan ni lebih kurang sama dengan malam, suasana mendung dan sejuk. Pakai baju hujan, capai kunci Mortimer terus je jalan-jalan (kena pastikan lampu menyala dan baju hujan pantul cahaya supaya orang nampak)


4. Orang tak kenal selalu anggap Mr Beanie sombong dan tak friendly
Selalunya macam tu lah. Kalau tengok sekali pandang memang takde orang pun nak tegur Mr Beanie. Pernah sekali tu ada orang cakap kat kawan dia:

"Isy, mujurlah dia tak jadi balak aku..."

Tidak lama kemudian Mr Beanie jadi balak dia.


5. Tak suka makan ikan kecuali yang telah di'fillet'
Sebenarnya suka jugak makan ikan tetapi proses nak ambik isi dia tu yang malas, pasal ada jugak kadang-kadang tulang yang terlepas 'check-point' and lekat kat tekak. Jadi untuk memudah cerita, Mr Beanie lebih suka makan ayam.


6. Bebudak tak gemar duduk dengan Mr Beanie
Ada orang berasa pelik dan simpati dengan Mr Beanie pasal dia tak suka nak mendukung budak-budak, melayan karenah dia orag nak tu nak ni sehingga ada yang memikirkan macam mana Mr Beanie jadi bapak budak nanti.

Entahlah, so far, so good. Boleh tanyalah kepada AKS bab-bab tuh...

Eh dah siap pun 6 benda pelik tentang Mr Beanie.

Tag yang seterusnya akan dibuat oleh dua orang je kot... so awak Puan Lucky, sila buat ye, begitu juga dengan anda; modek walaupun anda jauh nun di New Zealand.

Tiada ulasan: