Maka Encik Beanie dengan berbesar hati terus sahaja menawarkan diri untuk melatih Puan Lucky supaya berupaya menjadi seorang penjaga gol yang 'biasa biasa sajelah'.
Dengan semangat yang jitu dan keazaman yang tinggi maka Puan Lucky pun mengikut Encik Beanie ke Taman Rekreasi Hiliran/Bukit Besar. Bermula dengan latihan regangan badan serta pelonggaran otot-otot dan seterusnya asas-asas penjaga gol futsal.

Adakah semuanya berbaloi, perkara itu akan diketahui petang ini apabila buat pertama kalinya Puan Lucky akan beraksi sebagai penjaga gol futsal dalam suatu perlawanan persahabatan menentang pasukan yang Encik Beanie sendiri pun tidak tahu.
Karang pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan