Khamis, 13 Mac 2008

Selamat Datang ke Dunia!

Hari ini menyaksikan Encik Beanie menerima seorang lagi cucu saudara selepas anak saudaranya Nadia selamat melahirkan seorang bayi lelaki lebih kurang pukul 8 pagi waktu Malaysia.

Uish... sapa pulak no. 014 nih?

Sebaik sahaja menerima berita itu maka bersiap-siaplah Encik Beanie dan Puan Lucky bersama dengan kedua-dua AKS serta Che' untuk pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pada waktu melawat petang.

Che sedang menimang cicit terbarunya.

Bayi seberat 2.9 kg itu keluar untukmelihat dunia melalui kaedah biasa dan disambut dengan penuh kasih sayang oleh ibu-bapanya. Berbeza dengan abangnya yang mengalami sedikit komplikasi yang mengakibatkan sedikit gangguan sehingga hari ini.

Wajah-wajah mereka yang terpinggir kerana takde pas lawatan.

Ayahnya terus sahaja melicinkan rambutnya sebagai tanda bersyukur kepada-NYA atas anugerah tersebut. Disebabkan polisi hanya dua pelawat sahaja yang boleh masuk ke dalam wad, maka terpaksalah Encik Beanie melihat cucunya dari luar sahaja.

Puan Lucky memberi senyuman ada makna kat Encik Beanie.

Puan Lucky memang suka dengan 'baby' dan masih berharap agar akan dikurniakan rezeki untuk menimang seorang lagi cahaya mata sebelum 'tutup kedai'. Tetapi Encik Beanie masih buat tak faham (boleh ke?).

Tahniah buat Nadia dan Din di atas kelahiran seorang lagi putera ini.

...

11 ulasan:

Noushy Syah berkata...

Hhahahhaha....tutup kedai???Like that eh??

Miss Nazla berkata...

huish. tutup kedai? hahaha

MOLY berkata...

selamat menimang cucu sedara yang baru .. alalalalal comeynya ..

lagi comey atok sedaranya yang duduk kat luar tengok dari tingkap aje ..


hihihi
:D

azrid berkata...

senyuman tu bukan nak baby la...
senyuman tu menunjukkan saya memang sgt bergaya..hikss

Kurt Kuden berkata...

senyuman itu yg takleh tahan tu.. haha abg mad, dok paham2 ke? haha

n gambo org tgk dari tingkap tu hahahaha klakor a kak!

Zana S berkata...

jawapan akak tu betul kot. sgt bergaya pada hari itu.. kalo dak.. sempoiii je dia. eheks...

Jie berkata...

linda muda lagi la.... gunalah ilmu pujuk memujuk tu dgn lebih lembut gigi dari gusi!

Ceera berkata...

apa lagi en beanie... takkan tak paham2 lagi, hahaha...

mad.redo1 berkata...

noushy shah - like that lor... hehehe...


miss nazla - tutup kedai ler, tunggu orang muda plak nak bukak kedai... hehehe...


lily.lulu - atok sedaranya plak 'blush'... hehehe...

mad.redo1 berkata...

kurt kuden - senyuman tu le yang bikin jantung berdebar setiap hari tuh...


zana sadri - melambung-lambung ya kamu angkat puan lucky tuh... nanti dia bawak kopok bagi zana gi kL nanti... hehehe...


guhn - tak mao!

mad.redo1 berkata...

jie - linda memang selalu muda di mata mad redo1...

ilmu pujuk-memujuknya itu rasanya akan lebih digunakan untuk menonton konsert AF kerana compete dengan bolasepak premier league...

hehehe...


ceera - uish ceera... mr beanie memang dah lebih dari faham dah... hehehe...