Isnin, 6 Ogos 2007

Mereka yang ku tinggalkan

Hanya untuk tiga hari

Tiga hari tanpa dua perempuan dan seorang lelaki.
Aman tapi sunyi.
Tiga hari kutinggalkan 3 manusia ini.
Bukan untuk berfoya-foya
Tapi meneruskan perjuangan yang belum selesai
Perjuangan yang agak rumit bagiku
Tapi aku harus menyelesaikannya
Walau apa rintangan dan cubaan
Aku harus hadapinya
Dengan doa kepada yang Esa
Agar dipermudahkan segalanya

Tiga hari kutinggalkan
Dua perempuan dan seorang lelaki
Sunyi tapi rindu
Kepada lelaki itu
Terima kasih kerana menjaga dua perempuan itu
Moga pengorbanan mu lelaki
Menjadi perangsang dan teladan kepada perempuan-perempuan itu

Tiga hari ku tinggalkan
Dua perempuan dan seorang lelaki.



Terima Kasih

4 ulasan:

mad redo1 berkata...

...dan Seb!

modd berkata...

waaa....
bakat terpendam menulis puisi nampaknya azrid ni....

Ceera berkata...

boleh buat lirik nie, hehe

azrid berkata...

Modd,
Banyak la bakat aku nak berpuisi
Aku tension , stressed etc
Mereng kepala asyik duk baca artikel jer..

Ceera,
Lirik orang tak sihat mental