Selasa, 28 Ogos 2007

Pusing-Pusing Bandar kT

Semalam Encik Beanie keluar lagi bersama dengan Puan Lucky serta kedua-dua orang AKS berjalan-jalan di bandar kT. Hujan renyai-renyai menyebabkan suasana sejuk, susana yang amat disukai oleh Encik Beanie.

Tanpa suatu rancangan yang khusus kami pergi ke Taman Shahbandar. Pada mulanya kami menjangka para peserta sambutan Hari Kebangsaan sedang berlatih, rupa-rupanya ada suatu majlis lain yang akan berlangsung.

Kerana itulah gadis ayu yang memberi senyuman manis ini memakai pakaian tradisional bersama dengan rakan-rakannya yang lain. (untuk pengetahuan semua Encik Beanie tidak meminta nombor telefon dia)

Kami bergerak menuju ke arah kumpulan yang sedang bermain alatan muzik tradisional ini.

Khadijah dan Khairina amat suka mendengar alunan muzik dari kumpulan tersebut sehinggakan Nina duduk betul-betul di hadapan alatan yang sedang dimainkan. Mungkin ada yang tertanya

"Anak siapalah yang tak pernah tengok benda alah ni sumer?"

Kalau ada yang tertanya sebegitu, maka jawapannya, anak Encik Beanie lee... memang dia orang tidak pernah pun melihat alatan tersebut atau persembahan menggunakan alatan tersebut secara dekat.

Sekarang ini persembahan sudah biasa dilihat fungsi-fungsi sesuatu aktiviti dikongsi oleh lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan paluan gong (?) ini.

Tidak lama kemudian, tibalah para waibi yang berkenaan untuk melangsungkan majlis perasmian yang dirancangkan. Gadis ayu sebentar tadi keluar bersama rakan-rakannya membuat persembahan, walaupun ketika itu rintik-rintik hujan masih turun menimpa bumi (masuk ayat bunga-bungalah pulak...ish)

Kita rakyat jelata menonton dari belakang sahaja, sedangkan para pemimpin duduk di atas pentas, terlindung dari hujan yang menimpa... he he he... tak adalah, sebenarnya gambar di atas diambil ketika Encik Beanie berjalan di belakang pentas (kalau ada DSLR ada sudut yang lebih menarik sebenarnya, tapi tak ada...)

Apa sebenarnya yang dirasmikan petang ini?



Sebenarnya, ianya ialah majlis perasmian dan pelancaran perkhidmatan bas bandar kT. Tujuannya mungkin untuk memudahkan pergerakan pelancung yang datang sempena Tahun Melawat Terengganu 2008.

Hiasan bas cuba menerapkan ciri-ciri kesenian kerja tradisional terutama di bumbung bas serta di bahagian dindingnya.

Apa yang pasti ialah bas ini bukanlah untuk tujuan perjalanan jauh. Bayangkan sekiranya merehatkan punggung anda di atas kerusi di atas selama enam jam dari kT ke kL, untuk ke Kemaman pun rasanya tidak sanggup.

Walau apa pun ianya suatu inisiatif yang baik untuk meningkatkan mobiliti para pelancung yang akan datang ke kT, menghubungkan tempat-tempat yang menarik seperti Muzium Negeri di Losong serta Masjid Terapung di Kuala Ibai.

Apa yang yang lebih menarik ialah ianya percuma selama enam bulan.

Masa para waibi berkenaan sedang berucap Encik Beanie mula beransur-ansur dari majlis berkenaan. Ke mana tujuan seterusnya?

Mereka ke sini...

Rentetan dari climbathon pada hari sabtu, inilah dia kibaran Jalur Gemilang gergasi di atas Bukit Besar.

...

8 ulasan:

Red Mummy berkata...

wooo hai panjangnya kak oi

aku baca lompat kijang bley?

kak

oghang bengang ngan laki ko tu kak, dia belot sama aku kak...dia kroni aku dia pi kat kroni lainn...

mad redo1 berkata...

wei makcik, ni entry aku leee... mana aku ada belot, cubaan memecah-belah perpaduan kaum gituk...

nanti akan aku piat2 sesapa yang memfitnah aku ituk...

Jie berkata...

looo..entry sapa ni..blog sapa nie..hehehehe:P

ehhh.... last sy g Ganu masa bln 5 tahun lepas , g mencandat sotong...beli belacan 2 ketoi kt pasar pagi jumaat kat rusila tu...stay kt Marang Guest House..atas bukit tu....


tatau la bila nk g sana lagi

azrid berkata...

mak merah,
sabo dik..akak tak tau citer ni...
dia dah buat apa kat ko?

mad redo1,
saya piat awak leh?

jie,
kat rusila tu bkn pasar, karnival org gi dengo...
Dengo ceramah..

Jie berkata...

Selamat merdeka...!

RedWGG berkata...

saya tidak pernah jejak kaki lagi di terengganu...
sedihh..

salam kenal kak linda!

azrid berkata...

hi redwgg..
jom le dtg tganu..segalanya ada disini...leh gi snorkeling, shopping kain batik...

Selamat merdeka semuo

Zana Sadri berkata...

salam kak linda.. selalu skodeng jek. sekali gambo dah kuar kena kenalkan diri la gamaknyer.. tehehehe...

cantik banget bas tu. tapi mcm tak sanggup je nak duk lelama dlm bas tu. sekali dia brek takde signal mau lebam2 kaki tgn badan. eekekeke...