Isnin, 6 Ogos 2007

Menghayati Kemerdekaan...

...atau Menghampiri Kematian?

Kemerdekaan ialah suatu nikmat yang sangat indah, terutama kepada mereka yang terbelenggu dengan apa jua masalah yang mengongkong kebebasan mereka.

Sama ada kongkongan itu dalam bentuk penjajahan kuasa asing (Pencerobohan tentera AS di Iraq), kerajaan tentera (Myanmar), fahaman agama yang melampau (Taliban), hutang (Encik Beanie pasal banyak sangat pakai kad kredit) dan sebagainya.

Apabila sesebuah negara telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun maka sememangnya amat wajar untuk 'berlebih' sedikit dalam menyambut 'milestone' yang boleh dianggap amat bermakna itu.

Namun, ianya sesuatu yang amat malang sekiranya masih ramai yang masih belum 'merdeka' dari pemikiran dunia ketiga - dan amat sedih sekali sekiranya ianya berlaku di tempat para remaja kita dididik dan dilatih untuk menjadi warga dunia di masa akan datang.

Picture taken from NST (untuk laporan penuh sila klik di sini)

Sebuah sekolah di Melaka menyemarakkan perayaan kemerdekaan ke 50 Malaysia dengan meletakkan bendera-bendera mini di bumbung sekolah. Ianya mungkin sesuatu yang unik dan menjadikan warga sekolah berkenaan berasa bangga dengan cara mereka menunjukkan semangat patriotik terhadap Malaysia.

Namun di sebalik kebanggaan itu, adakah para pendidik berkenaan sedar bahawa mereka masih lagi dijajah? Mungkin tidak dijajah oleh kuasa asing, tetapi dijajah oleh pemikiran dunia ketiga yang terus sahaja membelenggu kebanyakan rakyat Malaysia.

Mungkin Amerika Syarikat bertindak kejam kerana menjajah Iraq dengan alasan yang cukup goyah dan akhirnya dibuktikan sebagai 'palsu', tetapi itu ialah perbuatan pucuk pimpinan politik negara berkenaan.

Tetapi dari perspektif lain pula, budaya mereka amat mementingkan keselamatan dalam kebanyakan aspek kehidupan. Sekiranya ada seorang warga Amerika Syarikat di sekolah berkenaan dia akan menggelengkan kepala melihat apa yang dilakukan oleh Penolong Kanan bersama Pembantu Tadbir berkenaan.

Tanpa memakai apa-apa alat keselamatan mereka melakukan tugas yang mungkin telah sebulat suara dipersetujui oleh kakitangan lain supaya diserahkan kepada dua 'daredevil' ini.

Kedua-dua mereka menjalankan tugas ini dengan jayanya (kalau gagal sudah tentu tajuk berita berlainan pula disiarkan). Namun apa yang harus difikirkan, ialah mereka berdua mungkin hanya selangkah sahaja dari kembali dijajah... oleh kecacatan atau kematian.

Apa pendapat anda?

Tiada ulasan: