Ahad, 26 Ogos 2007

Kibaran Jalur Gemilang

Apa nak cerita hari ni, ek? Banyak jugak tetapi rasanya gambar-gambar berupaya menggantikan beribu-ribu perkataan. Jadi tengok ajelah gambar-gambar di bawah.

Matahari bersinar terang ketika keluarga Encik Beanie keluar walaupun ketika itu jam baru sahaja menunjukkan waktu itu sekitar 7.40 pagi. Khadijah ada kelas tambahan di sekolah.

Kolej Puan Lucky menganjurkan suatu majlis sempena menyambut hari Kemerdekaan Malaysia ke 50 ini. Encik Beanie terpaksa melupakan kegiatan kegemarannya iaitu menonton TV (pasal tu muka masam sikit...)

Selepas meletakkan Encik Mat di tempat yang dikhaskan untuknya maka kami keluar dan pergi ke tempat di mana sambutan itu dijalankan. Para peserta sambutan juga kelihatan telah bersiap-siap dengan melakukan senaman memanaskan badan...

...dengan masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya. Tiga dara pingitan di atas lebih cenderung melakukannya dengan lenggang-lengguk Mak Limah (jangan marah ya adik-adik)

Puan Lucky bersama dengan Nina terus sahaja ber'posing' bersama 'bunting' acara sambutan berkenaan sebagai kenangan.

Tidak beberapa lama kemudian para peserta dipanggil ke tempat permulaan 'climbathon' tersebut.

Memandangkan masih ada waktu terluang sebelum giliran mereka dilepaskan, peluang untuk merakamkan kenangan menyambut 50 tahun kemerdekaan Malaysia terus digunakan dengan sebaik-baiknya.

Climbathon ini melibatkan gabungan IPT-IPT di Terengganu termasuklah Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Darul Iman Malaysia, Kolej Universiti TATI, TESDEC dan tidak lupa Kolej Yayasan Terengganu.

Selepas peserta lelaki dilepaskan tibalah giliran pelajar perempuan sekolah menengah. Mereka bermula dengan baik...

...dengan larian yang bersungguh-sungguh.

Agak jauh berbeza apabila pelajar perempuan peringkat universiti dan kolej dilepaskan. Walaupun bermula dengan penuh semangat...

...namun tak sampai 50 meter sudah ada yang berjalan kaki. Itu belum lagi disertai oleh para pensyarah wanita, mungkin perkhidmatan JPA-3 pagi itu akan menjadi lebih diperlukan.

Kita orang tidak naik mengikut peserta ke puncak Bukit Besar kecualilah kami berupaya 'terbang' sahaja ke atas. Memang kami mencuba tetapi tak naik-naik jugak, jadi kami menghabiskan masa di bawah sahaja sambil berkira-kira apa yang hendak dimakan sekejap lagi ketika sarapan pagi.

Matahari menyinar dengan teriknya, menjadikan keinginan kami untuk menikmati kedinginan Encik Mat semakin berkobar-kobar.

Betapa lengang jalan sehinggakan Encik Beanie boleh meniarap (kalau dia mahulah) di tengah-tengah jalan ketika hendak mengambil gambar ini.

Pihak Perpustakaan Awam Negeri Terengganu juga amat bersungguh dalam merayakan sambutan kemerdekaan ini dengan gambar pemimpin-pemimpin negara sejak negara mencapai kemerdekaan menghiasi ruang dindingnya.

Namun Encik Beanie tidak begitu berkenan dengan pembinaan mercu tanda (?) di persimpangan ini. Bukan kerana lokasinya tetapi dengan binaan itu sendiri.

Bunga Raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Namun Encik Beanie tidak pernah melihat pokok bunga raya tumbuh dengan melingkari batang pokok lain. Namun seni itu ialah sesuatu yang abstrak dan terbuka untuk interpretasi individu.

Encik Beanie merasakan binaan ini boleh menjadi suatu seni pembaziran wang rakyat yang tersohor...

Kelihatan dua-beranak berjalan membawa diri, jauh jugak Tasik Kenyir tu... kalau berjalan selaju 5km sejam, kira-kira setengah hari baru sampai ke sana, Puan Lucky... lupakan hajat awak tu...

Dengan rancangan ke Tasik Kenyit dibatalkan maka Encik Beanie memujuk Puan Lucky dengan mengajaknya berposing sakan di hadapan binaan yang pada interpretasi Encik Beanie sesuatu yang mudah, ringkas dan lebih beridentiti jika dibandingkan dengan binaan bunga raya tadi.

Seterusnya kami ke Pasar Tani yang terletak tidak jauh dari situ. Sebagaimana biasa berbagai hasil pertanian boleh ditemui di situ.

Dulu kalau hendak main ikan sekila (ikan laga di setengah tempat) apa yang perlu dilakukan ialah turun ke baroh di sebelah rumah dan selepas mengharung di dalamnya sambil menyelak-nyelak di sebalik padi yang sedang tumbuh maka dapatlah barang seekor dua.

Tapi sekarang baroh pun dah tak ada.

Nina mencuka sedikit apabila Encik Beanie memberitahu dia tidak boleh membeli ikan sekila tersebut.

Buah-buahan di gerai-gerai amat menyelerakan. Encik Beanie suka makan buah salak. Ianya amat sedap. Tetapi kali ini dia tidak membeli buah salak dalam gambar di atas.

Ketika sedang memfokus kepada Puan Lucky yang hendak membayar harga sayuran, Encik Beanie terperasan bahawa lelaki yang berdiri di sebelah Puan Lucky itu ialah kawannya dari sekolah rendah yang turut sama ke sekolah menengah yang sama, malah duduk di dorm yang sama.

Syed Shuhaimi kini bertugas sebagai salah seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah di pekan Marang (good to see you, mate!)

Selepas buat jejak kasih mini Encik Beanie terus sahaja ke sebuah warung bersama dengan Puan Lucky dan Nina. Kali ini semangkuk nasi air menjadi mangsa kelaparan Encik Beanie dan Nina.

Sungguh sedap menikamti nasi air berkenaan bersama dengan segelas kopi-o

Sementara itu Puan Lucky menikmati makanan nostalgianya: cakoi yang sering menjadi santapan utamanya ketika berada di sebuah sekolah tersohor di Klang.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dengan tetiba telefon Encik Beanie berbunyi dan suara di hujung talian berkenaan menjemput beliau ke rumahnya sempena majlis perkahwinannya tengah hari itu.

Jemputan ke majlis dibuat pada hari yang sama. Seolah-olah tidak sudi untuk meminta Encik Beanie hadir ke sana.

Tetapi mungkin juga dia baru sahaja mendapat kebenaran suaminya untuk menjemput Encik Beanie yang merupakan orang yang telah melukakan hatinya dahulu.

Walaupun jemputan dibuat pada hari yang sama, namun Encik Beanie tetap hadir. Yang keruh hendaklah dibuang, kita ambil yang jernih sebagai permulaan baru.

HA! HA! HA!

Sesiapa yang percaya dengan ayat-ayat drama swasta di atas, Encik Beanie memohon maaf (tetapi akan terus sahaja gelak kat orang tuh).

Tahniah buat Shauddin yang akhirnya berjaya mengakhiri zaman bujangnya bersama dengan gadis Raub yang comel-lote ini, semoga produksi engkau berdua berjalan dengan lancar di atas pentas dunia ini... chewah!

Perhatian: Tangan Shauddin tidak cacat, itu ialah posisi kegemarannya. Harap maklum.

.....

3 ulasan:

Orked berkata...

cakoi tu cicah dgn kaya durian..perrrhhhh....... tak smpt la kot cik abg tu nk merasa!

he he he

owhhh..ikan sekila tu fighting fish ye, kt kedah kami cekup tepi bendang time kecik2 dulu panggil ikan karghain..tgok ade buih tu....

cakap kt Nina, nnt dtg la umah auntie Jie...ada byk ikan guppy, lawa2 gak mcm ikan sekila tu, tapi kecik je la sesyuaiiilah tuk dak pompuan..hehehehee

UmiMia berkata...

Ooooii..seronoknya aktiviti sekeluarga...kami sekeluarga dah lama tak keluar sesama sebab uminyer asyik busy berpersatuan...lepas raya lah maybe baru ada chance nak lepak ngan family betul2...nak jalan ke Ganu lah....dah nak dekat 10 tahun tak gi sana....rindu nak jalan pasar payang...nasi dagang chendering....

mad redo1 berkata...

jie - hari tu masa dok atas komuter tengok dah destinasi serendah. fikir dalam hati:

"kalau gi serendah buleh lepak rumah kujie nih..."

tapi setakat fikir dalam hati ajelah pasal masa tu jalan sorang2 je...


umimia - aktiviti persatuan udah ditinggalkan, maleh nak pening kapla... mudah dok aktiviti sukan sket... sihat pun sihat...

kalu nak meh GaNu tuh halo le kat kita orang...