Khamis, 9 Ogos 2007

Cikgu Ibu Susah Tak Nak tidur?

Soalan yang Khairina tanya aku masa aku abiskan tiga hari di Shah Alam.
Soalan ini ditanya masa aku call malam tu sebelum aku terbungkam tak sedarkan diri.

Sebelum ke Shah Alam, Khairina my 2nd daughter tanya.
"Ibu nak pergi mana?"
"Ibu nak pergi sekolah ibu kat Shah Alam"
"Ibu nak buat apa pergi sana?"
"Ibu nak jumpa cikgu ibu?"

Adakah jawapan ku sesuai untuk budak seusia 6 tahun?
Kalo aku citer, aku nak pergi jumpa supervisor, nak cari artikel, nak siap kan tesis, nak buat ini, nak buat itu.
Aku konpem dia tak faham.
So senang aku cakap nak jumpa cikgu.
Sebab dia tahu aku belajar
Dan aku pun ada cikgu macam dia.

Malam aku call Khairina, dia ada cakap dia susah nak tido.
So aku suruh dia baca2 dan pejamkan mata.
Nanti terlena la.
Dia tanya aku
"Ibu susah tak nak tidur"
"Ibu nak sangat tidur sekarang, sebab ibu letih sangat2"
"Ibu dah jumpa cikgu Ibu?"
"Dah, pagi tadi"
"Cikgu Ibu susah tak nak tido?"

Terdiam

"Er er Ibu pun tak tahu, sebab ibu tak tido dengan dia"

Sampai sekarang aku duk pikir kenapa la anak aku tanya soalan canggitu.
Mungkin dia duk pikir semua orang susah tido macam dia.

4 ulasan:

mad redo1 berkata...

dah tido pun dua-dua tu...

eh! awak pun dah tido ek?

hehehe...

DiaHarris berkata...

hehehee.. ala cian kat dia..

Ceera berkata...

susahnya jadi mak budak. ;-)

azrid berkata...

mad redo1,
Memang saya suka tido apa?
Dah puko brape ni bang?

diaharris,
Memang kesian, kalau ikut kesian rasa nak jd full housewife jer..

ceera,
Kadang2 je susah tapi selalunya seronok