Khamis, 23 Ogos 2007

Betul ke?

Citer sedih di petang khamis

Hari ni aku bawak la 2 minah ku itu
dan 3 orang cousin dia orang pegi Public Lib.
Aku tinggalkan mereka-mereka itu kat Pub Lib
Then aku masuk opis jap
Ambik apa yang patut sebab esok cuti

Lepas lunch dengan bebudak ini,
Dan antor cousin2 diaorang ke rumah atuk mereka.
Aku bawak 2 minah ku ini pergi sebuah kedai yang dah lama aku janji
Anak sulung aku macam biasa
Tambah koleksi sticker

Nina, anak kedua aku mintak jam pasir..
Ok la harga pun murah jer..RM1.90
Tiba masa nak membayo, Nina tukar pikiran
Rupanya ternampak sayap butterfly yang besar..
Dia mintak aku belikan
Harga?
Murah aje..RM6.90 jer..
Tapi aku malas nak beli sebab dah melambak2 mainan dia
Dah tak tau nak simpan tang mana...
Dia merajuk tapi mintak aku belikan jugak jam pasir itu..

Sampai rumah, ketika aku, kakaknya, daddynya dan Nina makan gorpis..
Nina tanya Daddy nya

"Betul ke ini ibu saya?"

Daddy nya mungkin tak dengar,
Dia tanya lagi

"Betul ke ini ibu saya?"
"Dok tahu, tanya daddy, daddy ambik kat ne ibu ni" aku jawab
"Bak pe, Nina ingat ada ibu lain ke?" daddynya tanya dia balik
"Ye"
"Bak pe?"
"Sebab ibu ni tak dok duit"

Maka aku pun menitiskan air mata...waaaaaaaaaa...

5 ulasan:

modd berkata...

sedihnya.....maka aku pun menitiskan airmata ku jua!!!!

Ceera berkata...

hahahahaha... tapi saya gelak sakan, boleh????

UmiMia berkata...

Alah..kak linda..janganlah nangis..budak2 bukannya reti. Kadang2 kena buat gak camtu..nak ajar dia berjimat. I lak..mmg particular bab mewahkan anak ni..mmg tak nak ajar dia..semua benda nak, dapat..sbb nak bagi dia berusaha dan behave...benda2 cam ni..parents kena tegas lah...dah besar nanti dia fahamlah.

Red Mummy berkata...

kelakor gila nina

tp kan kak, dia nya jawapan aku x kisah bangat

tp soalannyaaaa

ni ibu nina ke

terharuuuunyaaaaa

azrid berkata...

modd,
Nina mtk maaf lepas napok ibunye nangis

Ceera,
cess, nko tak bersimpati dgn aku ini?

Umimia,
Tu la pasal..bbudak bukan paham kenapa

Minah Red,
Lepas nangis akak tunjuk, gambar dia isap susu cap gantung jenama Azlinda.