Khamis, 30 Oktober 2008

Nasi Ayam Kegemaran

Nina memang suka makan nasi ayam. Terutama apabila ianya dari Restoran Nurul Iman, Batu Buruk. Ianya memang terkenal di kalangan warga kota Kuala Terengganu sehinggakan tiada tempat duduk jika lewat tiba di waktu makan tengahari.

Ianya ringkas tetapi sedap ditambah pula dengan servis yang pantas dan mesra. Mungkin disebabkan sudah terlalu kerap ke sini maka wajah Encik Beanie sudah terpahat dalam kotak memori pekerja-pekerja di sana.

Hari ini Berg membawa teman sekolahnya bersama untuk menikmati hidangan tengahari ini.

Sementara itu Nina sudah tidak menghiraukan dunia ketika dia sedang menikmati nasi ayamnya. Mungkin makanan lain yang mampu memberikan efek yang sama ialah roti canai.

Buat Puan Lucky dan Encik Beanie, asalkan AKS berdua ini cukup makan, sudah cukup menyenangkan.

Esok nak makan apa pulak ya?

...



...

3 ulasan:

Zana S berkata...

huhu...teringat nasi ayam hainan kat bukit bintang. shedapppp!!!

tapi... satu set dah RM8.90! huhu.. seminggu sekali mkn kat ctu, 2 hari tak lunch. ekekee...

bape ek rega nasi ayam tuh? menarik je nmpk.

UmiMia berkata...

sodap eh........banyak tpt makan best kat Ganu ni kan...

mad redo1 berkata...

zana - memang suka jugak dengan nasi ayam hainan bukit bintang tuh... kat sini pun ada jugak nasi ayam hainan tapi rasanya takleh lawan lagilah...


umimia - haaa... sesiapa nak datang ke Ganu buleh le refer blog nih nak pergi makan kat mana... hehehe...