Khamis, 9 Oktober 2008

Transfusi Buat Puan Lucky.

Pada awalnya keadaan Puan Lucky tidak begitu serius tetapi sesuatu telah merendahkan lagi kadar Hb dalam darahnya. Maka doktor tiada pilihan lain kecuali melakukan transfusi darah kepada Puan Lucky.

Maka ketika Encik Beanie tiba bersama AKS berdua petang semalam kelihatan beg darah ini tergantung di sebelah katil buah hati Encik Beanie itu.

Mujurlah dia tersengih-sengih sahaja menerima darah dari penderma yang budiman itu (kami ucapkan terima kasih di atas kesudian anda menderma, walau siapa pun anda)

Namun perkara sama tidak boleh digunakan buat KeBerg yang berasa loya apabila melihat darah. Mujurlah dia tidak pitam apabila Encik Beanie memicit-micit tiub darah untuk mempastikan ianya tidak membeku.

Apa yang pasti ialah AKS berdua ini terus sahaja bergembira di Taman Permainan Pantai Batu Buruk sebaik sahaja Encik Beanie selesai menunaikan solat Maghrib di Surau Kaca (Gelaran yang diberikan oleh Puan Lucky surau tersebut)

Harapannya semoga Puan Lucky tercinta akan segera mencapai tahap Hg yang diperlukan untuk membolehkan dia pulang ke rumah.

2 ulasan:

ainnur berkata...

tak tahan!!bluerkk!!! gelilah daddy!!bluerk!!

Jie berkata...

Berg mcm Kak Jie...nengok org terbaring kat katil hospital dgn air darah bergantungan mcm tu pun pening...alih2 org yg melawat yg terbaring kat katil