Jumaat, 14 Disember 2007

Gelap!!!

Malam tu, apabila kami sampai ke rumah selepas membeli-belah di Giant, kami mendapati rumah berada dalam keadaan gelap-gelita.

Rupa-rupanya bekalan elektrik terputus disebabkan oleh seekor tupai yang melintas di atas kabel elektrik dan telah menyebabkan berlaku litar-pintas disebabkan tubuhnya yang basah.

Maka bergelaplah kami.

Sambil menunggu pihak TNB memulihkankan bekalan, kami bermain-mainlah dengan lilin yang dinyalakan untuk menyinari ruang rumah secara ala kadar.

Sebagaimana biasa, kedua-dua AKS menemui jalan untuk menjadikan keadaan bergelap itu suatu keadaan yang meriangkan.

Ini termasuklah menyuruh Cik membuat 'pose' dalam kegelapan itu. Nak layan cucu, maka ibu Encik Beanie itu pun buatlah apa yang disuruh.

Selepas itu Encik Beanie pun terasa ingin turut sama mengabadikan wajahnya di terangi cahaya suram itu.

Agak lama juga pihak TNB mengambil masa untuk memulihkan keadaan tetapi kami bersyukur bekalan dapat dipulihkan sebelum tengah malam.

...

5 ulasan:

modd berkata...

oh...kesian ke cik dia...

wajah azlinda dlm kegelapan mana?? takkan blackout pun study kot??!!

azrid berkata...

azlinda dalam gelap terus saja keross keross

Qaseh Bidadari berkata...

romantiknyer...

Okidokisan berkata...

tak suker takder api...

takottt..

mad redo1 berkata...

mama ranggie - camner nak romantik kalu dah kerosss-kerosss...


okidokisan - abang kan dah besor, takyah takot-takot lagi... ke abang dulu yang nyorok cari mummy dia... hehehe...