Ahad, 12 April 2009

Kopitiam Pak Wan

Selepas keseronokan di Diman Superbowl kami mencari-cari pula tempat untuk menikmati makan malam. Pada mulanya persetujuan dicapai untuk ke sebuah restoran berkonsepkan taman tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Tetapi apabila kami sampai kelihatan ada sepuluh meja yang belum menerima pesanan mereka lantas kami menukar fikiran. Berdasarkan kepada pengalaman lampau, paling awal pesanan kami akan tiba ialah dalam masa sejam lebih.

Destinasi baru dicari dan akhirnya kami bersetuju untuk ke Kopitiam Pak Wan. Kalau ditukar kepada Kopitiam mad redo1 pun menarik juga kan?

Berbeza dengan kopitiam yang dimiliki oleh cha-ya-nun-alif, Kopitiam Pak Wan menyediakan bilik solat untuk kegunaan para pelanggannya yang mengingati tanggungjawab mereka terhadap-NYA.

Kami tidak menunggu lama apabila makanan yang dipesan tiba untuk kami jamah dengan penuh berselera.

Kuantiti hidangannya 'tidak kedekut' dan rasanya tidak mengecewakan. Mee goreng basah dirujuk dengan nama 'Mee Lang Kong' di kopitiam ini mengingatkan Encik Beanie kepada rasa mee goreng talam yang biasa terdapat di pasar-pasar malam.

Menurut Puan Lucky pula sambal nasi lemak yangdihidangkan berasa terlebih manis, walaupun orang Terengganu suka makanan yang manis.

Hidangan lain yang dipesan termasuklah kuey teow halia, kuew teow goreng biasa, sandwich telur bersama cheese dan American Pancake. Buat Encik Beanie tidak banyak yang dirungutkan, malah kos keseluruhan sesi makan-makan kali ini ternyata lebih rendah dari yang dijangkakan.

Lain kali boleh datang lagi.


...

6 ulasan:

dudiey berkata...

lokasinya dimana?

mad redo1 berkata...

lokasinya di sebeloh Hock Kee Seng Gong Badok... jemput yaa...

modd berkata...

ha...saya rasa saya tau kopitiam ni walaupun dok pernah pergi....heheh. kem salam ke anak2 ayah wan...

modd berkata...

eh...anak2 pak wan.

ainnur berkata...

mee kong lam ler ...

saloh tuh ..

hehehe .

wan muliani berkata...

yup sy po selalu gak pg..bg sy mocha smoothies die paling terbaek..ehhehe

mee kong lam agak kureng la..hehehe itu rasa sy la..hehehe sy pon ade komen psl food kopitiam Pok Wan ni

cafe taman yang dimaksudkan itu adakah NR Cafe?hehehhe