Ahad, 15 Jun 2008

Hari Bapa di BB

Kesibukan Puan Lucky menyebabkan blog ini akan terus bersawang sekiranya Encik Beanie tidak mencoret di halamannya. Terlebih dahulu kemaafan dipinta sekiranya bahasa yang digunakan agak 'skema'.

Hari ini ialah Hari Bapa di mana sesiapa yang layak menerima gelaran ayah akan diraikan oleh anak-anak yang bijak mengingati. Walaupun bukan pada hari ini sahaja para ibubapa diingati namun ianya tetap sesuatu yang wajar ditanda dalam kalendar.

Puan Lucky dan beberapa orang adik-adiknya pula telah membuat sambutan Hari Bapa lebih awal, iaitu pada hari Jumaat dengan membawa Abah menikmati makanan laut di BB Seafood Garden yang terletak di Gong Badak, berhampiran dengan Universiti Darul Iman Kampus KUSZA.

Inilah antara hidangan-hidangan yang telah dipesan dan sebagai penggemar makanan laut, Abah menikmatinya dengan bersungguh-sungguh.

Sepanjang pengetahuan Encik Beanie, BB sekarang mempunyai rangkaian tiga buah restoran. Pertama di Bukit Besar dan selepas ianya menerima sambutan sebagai tempat makan-makan yang pantas menyediakan hidangan yang dipesan serta sedap dan harga yang berpatutan, sebuah lagi dibuka di Gong Badak dengan nama BB2.

Kini restoran yang ke tiga di buka khusus untuk memenuhi citarasa mereka yang menggemari makanan laut ala-ala 'steam-boat' yang amat berkurangan di kT.

Encik Beanie bukanlah penggemar tegar makanan di atas (tidak seperti Puan Lucky) tetapi sekiranya dihidangkan pasti akan di'NGAP' juga...

...

6 ulasan:

modd berkata...

Oh, memang bagus puan lucky and siblings kerana mereka memang suka celebrate-menyelebrate iaitu suka makan2 sambil meraikan hari-hari bahagia...ahaks...sekaligus mengeratkan tali silaturrahim sambil mengenyangkan perut...

Untuk pengetahuan semua, kedai BB ini memang terbukti kualitinya. Ini kerana, abah dan emak saya kini hanya akan pergi ke BB di Bukit Besar sekiranya mereka ingin makan diluar. Dulu, kami sering ke merata Kuala Terengganu untuk makan-makan. Tetapi saya rasa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini, mereka hanya akan pergi ke kedai BB itu, kerana ianya pantas dan sedap. Saya rasa sekarang ini mereka makin aktif makan disitu, kerana emak saya sudah tidak perlu masak untuk saya lagi....hahahaha..

Oh, steamboat pun ada. Saya baru berangan nak bukak bisnes steamboat di Kuala Terengganu selepas saya makan steamboat Korea baru2 ini. Ini kerana, saya rasa senang gila kerjanya. Mereka hanya perlu menyediakan sup pelbagai perisa (plain, tomyam etc), dan hanya membersihkan bahan mentah. Mereka tidak perlu memasak, kerana orang yang memakannya akan masak sendiri. Saya lihat, tuan kedai hanya mengambil order, datang membawa sup, membuka suis tempat steamboat itu, membawa bahan mentah, dan sesekali bertanya samaada kita ingin menambah apa2. Sekiraya kita ingin menambah sup, mereka hanya menuang air masak kedalam sup kita tadi...

adakah awak ingat awak seorang sahaja pandai berbahasa demikian? walaupun BM saya dapat 3 je SPM, tapi lantak la...hahaha...

mad.redo1 berkata...

modd - marilah kita berangan bersama-sama, mana tahu pok din dan encik beanie boleh menjadikan angan-angan itu suatu realiti: steamboat & western food heaven somewhere in kuala ibai... hehehe...

modd berkata...

okay...pastu i and azrid jadik bini boss ala2 datin gitu..aci??ehehehhe...you rasa bleh untung ke, pasai i and azrid suka bagi makan free, terutamanya kalu geng2 datang....kami kan berjiwa mulia....hehehehe....

Umi Mia berkata...

mesti seronok mr. abah..kira sekalik celebrate abg mad redo1 lah tu...ker ada celebration lain lak...

mad redo1 berkata...

modd - bini boss ala2 datin tak de hal... masih boleh untung pasal dah bajet dalam elaun keraian... hehehe...

mad redo1 berkata...

umi mia - tak der celebration lain, just father's day je buat abah puan lucky... mad redo1 dia celebrate kat lain... hehehe...