Rabu, 28 Mei 2008

Diperkenan Jua Akhirnya.

Awal tahun ini selepas Kuala Terengganu diisytiharkan sebagai Bandaraya Pesisir Air, telah timbul suatu kontroversi di mana logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang telah dinaikkan di ibupejabatnya di Menara PERMiNT telah diturunkan atas sebab-sebab tertentu.

Selepas hampir enam bulan kontroversi itu sudah berakhir dan kini logo MBkT dapat dilihat dengan jelas terutama pada waktu malam apabila ianya diterangi dengan lampu-lampu neon yang dipasang dengan cukup terang.

Apa yang lebih diharapkan dari pihak berkuasa bandaraya termuda di Malaysia ini ialah suatu perkhidmatan yang secara terang-terangan telah ditingkatkan dari segi kualiti dan keberkesanannya untuk dinikmati bersama oleh para warga bandaraya.

...

2 ulasan:

UmiMia berkata...

kena turunkan??!!!awat camtu???konfius.........

mad redo1 berkata...

umi mia - kena turun kerana menurut suatu sumber tidak mendapat perkenan tuanku... kiranya membelakangkan pihak istanalah nih... hehehe...