Khamis, 14 Januari 2010

Bermulanya Kehidupan Baru.

Selepas selesai formaliti pendaftaran, kami bergerak ke asrama.



Perkhidmatan 'porter' percuma diteruskan, menyelamatkan tenaga Encik Beanie dari terpaksa mengangkat beg Berg yang berat itu.



Perjalanan ke asrama agak jauh, tetapi rasanya jauh lagi asrama Encik Beanie sewaktu dia bersekolah dahulu.



Pada mulanya Encik Beanie teragak-agak juga untuk naik ke atas bersama dengan Puan Lucky dan Berg tetapi selepas diberitahu ianya dibenarkan pada hari ini maka dia terus sahaja memanjat tangga ke tingkat 4 di mana terletaknya dorm Berg.




Sebelum pulang kami bergambar dulu.













Masing-masing sudah berasa agak lapar ketika itu, mujurlah ada nasi minyak disediakan oleh pihak sekolah untuk menjamu para hadirin. Jadi kami sama-sama menikmati hidangan tersebut di bawah sebuah kanopi.



Selepas selesai sahaja menikmati hidangan tengahari itu, maka tibalah waktu untuk berpisah (walaupun sementara rasa jugak sedihnya). Maka Puan Lucky pun menghantarlah Berg ke asramanya.



...

2 ulasan:

Juezura berkata...

Aalahai..punyerlaa lama tak singgah ke blog orang KT ni...sorry bro!! blog pekebende tu dah tutup..tak teringat pulak blog yg ni...Berg dah masuk sekolah asrama rupanyer. Sama tinggi dengan mama dia

mad redo1 berkata...

HAHA! punyalah lama tak update blog ni sampai tak perasa ada orang komen... memang AKS#1 dah masuk asrama dan memang dia dah lebih tinggi dari ibu dia...