Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Ahad, 28 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah


Semoga tahun baru ini kita sama2 dimurahkan rezeki
dan
diberkati Allah jua...


Dari

Encik Beanie, Puan Lucky & AKS berdua


...

Ahad, 13 April 2008

Kedah Juara Lagi Noo...

Kedah menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan gelaran juara Liga Super Malaysia selepas menewaskan Terengganu 2-1 di Alor Setar serta kekalahan mengejut pencabar terdekat, Selangor di Pulau Pinang.

Keputusan malam tadi menyaksikan pasukan Kenari mengutip 53 mata. Dengan hanya tiga perlawanan berbaki selepas ini, Selangor tidak mampu memintas selepas kekalahan 4-1 di Stadium Batu Kawan itu menyaksikan mereka kekal dengan 42 mata.

Bagi pasukan Terengganu, kekalahan di Stadium Darul Aman menyaksikan mereka jatuh ke tangga ke enam dengan 34 mata. Para penyokong Sang Penyu hanya mampu berharap pasukan mereka mampu memperbaiki kedudukan tersebut dengan memenangi semua tiga perlawanan terakhir Liga Super menentang dua pasukan tercorot liga, Pulau Pinang dan Sarawak serta pencabar dari selatan, Johor FC.

Sekiranya ianya berjaya dilakukan maka Terengganu akan berjaya mengakhiri persaingan Liga Super paling kurang di tangga ke lima. Ianya sudah cukup untuk melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia di samping memburu kejuaraan Piala FA kali ke dua.

Terengganu akan bertemu Felda United di perlawanan ke dua suku akhir selepas memenangi perlawanan pertama 3-1 di Kuala Terengganu pada hari Selasa lepas.

Tahniah kepada pasukan Kedah di atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super. Terengganu ialah salah sebuah dari dua pasukan yang berjaya menewaskan Si Kenari musim ini apabila menang 3-1 di Kuala Terengganu pada 23 Disember, 2007.

...

Rabu, 9 Januari 2008

Hijrah 1429...

Kepada semua muslimin dan muslimah;
Selamat Tahun Baru Hijrah 1429,
semoga dalam rahmat dan keberkatanNya sepanjang tahun ini.

Amin Ya-Rabbal 'alamin.

...

Selasa, 1 Januari 2008

SELAMAT TAHUN BARU

Sudah masuk tahun baru 2008 rupanya, dengan itu kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008.

Serentak dengan bermulanya tahun baru, Kuala Terengganu telah diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya. MB Idris Jusoh telah membaca pengisytiharan tersebut bersama dengan perasmian Tahun Melawat Terengganu 2008 di Dataran Shahbandar.

Ianya disusuli dengan pertunjukan bunga api yang cantik dan indah dan berjaya menghiburkan kebanyakan mereka yang berada di tempat bersejarah itu.

Kami sempat merakamkan pertunjukan tersebut dalam beberapa imej amatur.

Untuk membaca mengenai perarakan kereta berhias, sila di sini.






















...

Isnin, 31 Disember 2007

Larian Bandaraya

Sempena menyambut pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya, pihak AKS telah menganjurkan sebuah pertandingan lumba lari di Pantai Batu Buruk pada 30-12-2007. Hanya tiga orang peserta mengambil bahagian iaitu Nina, Keberg dan mad redo1.

Garis permulaan yang berbeza apabila mengambil kira 'handicap' para peserta.

Nina dengan pantas meluru ke hadapan sebaik sahaja Linda memberi kata 'GO!' sehingga tiada di dalam gambar.

mad redo1 yang sudah melebihi paras BMI yang optimum mula mengorak langkah untuk mengejar kedua-dua orang AKS.

Dia berjaya menyamai kedudukan kedua-dua AKS...

...dan seterusnya mendahului.

mad redo1 terlebih dahulu sampai ke garisan untuk berpusing.

Nina mempunyai garisan pusingannya sendiri namun mad redo1 sudah pun membuat pusingan ketika Berg baru sahaja sampai ke garisan tersebut.

Tiba-tiba berlaku tragedi! Nina tersilap langkah dan terus sahaja terjatuh ke atas pasir!

mad redo1 meluru ke hadapan sementara Berg terpaksa mengambil langkah untuk mengelakkan pertembungan dengan Nina yang tergolek 'dog' di atas pasir.

Kini tinggal dua orang sahaja peserta yang dalam perlumbaan ini.

Berg cuba dengan sedaya-upaya untuk mengejar...

...namun ternyata mad redo1 sudah terlalu jauh di hadapan.

Nina tiba sejurus kemudian.

Dengan protes.

"Rasa macam ada orang tolok je..."

Dan sebagaimana biasa, ianya menjadi titik permulaan untuk satu lagi sesi perang mulut di antara kedua-dua AKS.

Nina ditanam di dalam pasir selepas protesnya di tolak, di belakang ialah Hotel Primula Beach Resort (mungkin tempat Leeds tinggal ketika melawat kT sewaktu dia kecil dahulu)

mad redo1 berehat bersama Linda selepas menghabiskan perlumbaan yang sebenarnya mempunyai tiga saringan. Berg memenangi saringan pertama, Nina yang kedua apabila mad redo1 dan Berg pula yang tergolek di atas pasir.

"Eh! Apa ni?"
"Apa?"
"Emas ke?"
"Mana ada?"
"Jap saya tengok..."

"Ooo... pasir je."
"Saya mana ada emas, selalu lombong tau!"
"Pastu letak merata-rata..."
"Hehehe... kan pompuan suka emas..."
"Emas awak tak leh jual, tu masalahnya!"

Sebelum meninggalkan Pantai Batu Buruk, mad redo1 sempat merakamkan pemandangan matahari terbenam secara ala-kadar dengan bangunan Hospital Sultanah NurZahirah (dahulunya Hospital Kuala Terengganu) sebagai 'foreground'.

Kepada sesiapa yang ada masa terluang serta bajet yang ala-kadar, datanglah ke Terengganu untuk menenangkan fikiran serta bersantai (kalau nak shopping takleh dengan bajet ala-kadar pulak, kan?)

...

Selasa, 28 Ogos 2007

Pusing-Pusing Bandar kT

Semalam Encik Beanie keluar lagi bersama dengan Puan Lucky serta kedua-dua orang AKS berjalan-jalan di bandar kT. Hujan renyai-renyai menyebabkan suasana sejuk, susana yang amat disukai oleh Encik Beanie.

Tanpa suatu rancangan yang khusus kami pergi ke Taman Shahbandar. Pada mulanya kami menjangka para peserta sambutan Hari Kebangsaan sedang berlatih, rupa-rupanya ada suatu majlis lain yang akan berlangsung.

Kerana itulah gadis ayu yang memberi senyuman manis ini memakai pakaian tradisional bersama dengan rakan-rakannya yang lain. (untuk pengetahuan semua Encik Beanie tidak meminta nombor telefon dia)

Kami bergerak menuju ke arah kumpulan yang sedang bermain alatan muzik tradisional ini.

Khadijah dan Khairina amat suka mendengar alunan muzik dari kumpulan tersebut sehinggakan Nina duduk betul-betul di hadapan alatan yang sedang dimainkan. Mungkin ada yang tertanya

"Anak siapalah yang tak pernah tengok benda alah ni sumer?"

Kalau ada yang tertanya sebegitu, maka jawapannya, anak Encik Beanie lee... memang dia orang tidak pernah pun melihat alatan tersebut atau persembahan menggunakan alatan tersebut secara dekat.

Sekarang ini persembahan sudah biasa dilihat fungsi-fungsi sesuatu aktiviti dikongsi oleh lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan paluan gong (?) ini.

Tidak lama kemudian, tibalah para waibi yang berkenaan untuk melangsungkan majlis perasmian yang dirancangkan. Gadis ayu sebentar tadi keluar bersama rakan-rakannya membuat persembahan, walaupun ketika itu rintik-rintik hujan masih turun menimpa bumi (masuk ayat bunga-bungalah pulak...ish)

Kita rakyat jelata menonton dari belakang sahaja, sedangkan para pemimpin duduk di atas pentas, terlindung dari hujan yang menimpa... he he he... tak adalah, sebenarnya gambar di atas diambil ketika Encik Beanie berjalan di belakang pentas (kalau ada DSLR ada sudut yang lebih menarik sebenarnya, tapi tak ada...)

Apa sebenarnya yang dirasmikan petang ini?



Sebenarnya, ianya ialah majlis perasmian dan pelancaran perkhidmatan bas bandar kT. Tujuannya mungkin untuk memudahkan pergerakan pelancung yang datang sempena Tahun Melawat Terengganu 2008.

Hiasan bas cuba menerapkan ciri-ciri kesenian kerja tradisional terutama di bumbung bas serta di bahagian dindingnya.

Apa yang pasti ialah bas ini bukanlah untuk tujuan perjalanan jauh. Bayangkan sekiranya merehatkan punggung anda di atas kerusi di atas selama enam jam dari kT ke kL, untuk ke Kemaman pun rasanya tidak sanggup.

Walau apa pun ianya suatu inisiatif yang baik untuk meningkatkan mobiliti para pelancung yang akan datang ke kT, menghubungkan tempat-tempat yang menarik seperti Muzium Negeri di Losong serta Masjid Terapung di Kuala Ibai.

Apa yang yang lebih menarik ialah ianya percuma selama enam bulan.

Masa para waibi berkenaan sedang berucap Encik Beanie mula beransur-ansur dari majlis berkenaan. Ke mana tujuan seterusnya?

Mereka ke sini...

Rentetan dari climbathon pada hari sabtu, inilah dia kibaran Jalur Gemilang gergasi di atas Bukit Besar.

...