Khamis, 20 Mei 2010

Puan Lucky the Master

Hari yang amat gembira buat Puan Lucky selepas bertungkus-lumus dengan usaha yang tidak mengenal erti gagal akhirnya dia dianugerahkan dengan segulung kertas yang melayakkan diri beliau bergelar "Master in Accountancy".


Ianya sesuatu yang amat membanggakan.


...

Isnin, 26 April 2010

Jalan-Jalan Bersama

Hari ini Encik Beanie berjalan-jalan di bandar kT bersama dengan Puan Lucky dan dua AKS. Hujan yang turun sejak dari petang semalam menjadikan pagi waktu yang sungguh indah untuk bergolek-golek di katil.

Maka itulah yang dilakukan oleh Encik Beanie sehinggalah Puan Lucky pulang dari kolej untuk makan tengahari bersama. Selepas mengisi perut dengan ala kadar kami menyelesaikan beberapa perkara yang perlu diselesaikan, termasuklah mengambil 'permainan' Encik Beanie yang terbaru.


Selepas itu giliran Nina pula yang perlu diambil dari sekolahnya dan seterusnya kami membeli-belah untuk barangan keperluan di Pasaraya Giant. Memang seronok berjalan-jalan begini.

Khamis, 14 Januari 2010

Bermulanya Kehidupan Baru.

Selepas selesai formaliti pendaftaran, kami bergerak ke asrama.



Perkhidmatan 'porter' percuma diteruskan, menyelamatkan tenaga Encik Beanie dari terpaksa mengangkat beg Berg yang berat itu.



Perjalanan ke asrama agak jauh, tetapi rasanya jauh lagi asrama Encik Beanie sewaktu dia bersekolah dahulu.



Pada mulanya Encik Beanie teragak-agak juga untuk naik ke atas bersama dengan Puan Lucky dan Berg tetapi selepas diberitahu ianya dibenarkan pada hari ini maka dia terus sahaja memanjat tangga ke tingkat 4 di mana terletaknya dorm Berg.




Sebelum pulang kami bergambar dulu.













Masing-masing sudah berasa agak lapar ketika itu, mujurlah ada nasi minyak disediakan oleh pihak sekolah untuk menjamu para hadirin. Jadi kami sama-sama menikmati hidangan tersebut di bawah sebuah kanopi.



Selepas selesai sahaja menikmati hidangan tengahari itu, maka tibalah waktu untuk berpisah (walaupun sementara rasa jugak sedihnya). Maka Puan Lucky pun menghantarlah Berg ke asramanya.



...

Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun Baru di KFC

Rasa tak mahu makan di rumah pulak hari pertama tahun 2010.



Dah lama jugak tak makan di KFC.



Jadi, tunggu apa lagi? Ke KFC ajelah Puan Lucky dan Encik Beanie bersama dengan AKS berdua. AKS#1 bercuti ke Pangkor bersama dengan Atuk dan Nenek.


...

Sabtu, 24 Oktober 2009

Renjis-Renjis DiPilis

Puan Lucky bersama dengan para AKS dan juga Mr Beanie menghadiri hari bersejarah buat teman sekerjanya. Majlis Persandingan Noreena dan Mohd Akbal sudah pun selesai ketika kami sampai tetapi itu tidak menghalang dari kami mengambil foto kenangan bersama dengan mereka berdua.

SELAMAT PENGANTIN BARU, 
SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU.




...

Isnin, 21 September 2009

Sambutan Aidil-Fitri


Sambutan Aidil-Fitri dibuat secara sederhana sahaja di rumah Puan Lucky & Encik Beanie.


Sesuatu yang berbeza buat kami ialah kehadiran AKS#3 iaitu Ainnur Khalisa Shukriah yang menyambut Aidil-Fitrinya yang pertama kali ini.


Walaupun sederhana namun apa yang pasti kami semua bersyukur dengan nikmat dan anugerah-Nya yang membolehkan kita menikmati kehidupan kita di dunia ini.

...

Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA



Selamat Hari Raya
Aidil Fitri 1430
&
Maaf Zahir Batin


ahmadridhuanazlinda
ainnurkhadijahshahirahainnurkhairinasafiahainnurkhalisashukriah