Jumaat, 19 Disember 2008

Sudah Dua Belas Tahun

Pejam celik, tup-tup sudah dua belas tahun Encik Beanie dan Puan Lucky diijab-kabulkan sebagai suami-isteri.

Dua belas tahun.

Lama jugak, kan?

Kalau beranak setahun seorang, Encik Beanie sudah boleh tubuhkan pasukan bolasepaknya sendiri, paling tidak sudah layak untuk masuk gelanggang futsal.

Tapi tidaklah pula Encik Beanie sekejam itu untuk menyeksa Puan Lucky yang akan mengalami alahan yang teruk setiap kali berbadan dua. Dua belas tahun berlalu, pasti Puan Lucky dah jadi macam lidi.

Sesi makan-makan bersama orang tersayang untuk meraikan hari yang bermakna seperti ini sudah seperti menjadi suatu kemestian.

Puan Lucky memilih untuk menikmati 'Fish and Chips'...

...sementara 'Supreme of Chicken Forest' menjadi pilihan Encik Beanie.

Ianya disudahkan dengan 'Pingu Family Ice Cream' yang terdiri dari lima 'scoop' ais-krim (vanila, cokelat, jagung, strawberi dan keladi) untuk Encik Beanie...

...sementara penyudah buat Puan Lucky ialah 'Banana Fritters a'la Mode'.

Tetapi bukan kami berdua sahaja yang menikmati hidangan-hidangan di atas. AKS berdua sudah tentu akan ada bersama walaupun masing-masing sudah pun menghabiskan dua keping roti canai sebelum ke sini (termasuk juga Encik Beanie yang menghabiskan tiga keping).

Oh ya, di mana kami makan-makan tadi?

Buat pertama kalinya kami berempat menikmati apa yang disediakan di dalam menu di Felda D'Saji Jintan Brasserie yang terletak di tingkat 17 Hotel Felda Residence.

Apa yang boleh kami katakan ialah ianya suatu pengalaman yang tidak mengecewakan dan berbaloi dengan apa yang dibayar.

Lain kali, insha-Allah kami akan datang lagi.

...

Isnin, 15 Disember 2008

Makan-Makan di kT

Entri hari ini akan berkisar tentang suatu kegemaran Puan Lucky dan Encik Beanie.

Apa lagi kalau bukan makan-makan(tajuk kat atas pun dah tahu...)

Hari itu Encik Beanie mencuba D'Ganu Cafe buat pertama kali secara solo. Kali ini dia ditemani oleh Puan Lucky pula. Tetapi disebabkan dia sudah menikmati makan tengahari maka dia hanya memesan minuman sahaja.

Kalau hari itu Encik Beanie memesan cafe latte, kali ini moodnya lebih kepada 'dangdut' lantas minuman yang dipesan ialah kopi tarik dangdut sementara Puan Lucky memesan Vanilla Cappucino.

Untuk mengisi perut Encik Beanie memesan sepinggan mee goreng.

Sebagaimana biasa, kritikan Puan Lucky lebih pedas tetapi ianya tidak dinafikan oleh Encik Beanie. Tanpa pergi lebih mendalam, rumusan yang boleh dibuat ialah lebih baik sekiranya memesan minuman tempatan sahaja sahaja seperti kopi tarik dangdut.

Kemungkinan untuk berasa hampa amat tinggi sekiranya anda memesan minuman seperti latte dan blended mocha dan berharap ianya hampir sama dengan apa yang diperolehi dari Starbucks dan Coffee Bean.

Mungkin ianya dipengaruhi oleh faktor penggunaan biji kopi tempatan yang lebih sesuai untuk minuman tempatan.

Disebabkan faktor itu Encik Beanie terpaksa menghabiskan minuman Puan Lucky.

Suatu hari yang lain pula kami pergi ke sebuah gerai yang terletak di Kuala Ibai untuk bersarapan. Ianya berhadapan dengan Pusat Budaya dan sekiranya memandu ke arah Bandaraya kT, hanya beberapa meter selepas Gerai Keropok 007.

Encik Beanie suka dengan laksam (yang dipesan tanpa ulam tetapi lebih belacan dan lada) tetapi ianya hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Puan Lucky tidak menghadapi masalah dengan nasi kerabunya.

Sebagai ganti Encik Beanie memesan roti telur dan didapati ianya dibuat secara tampal atau dulu lebih dikenali dengan nama 'Roti Telur Tepek'. Ianya membawa Encik Beanie mengimbau kembali ke waktu dia berada di ITM Dungun.

Sebagaimana wanita mengandung yang lain, Puan Lucky tidak terlepas dari mengidam untuk makan suatu hidangan dengan secara tiba-tiba.

Suatu malam itu, secara tiba-tiba Puan Lucky mengidam untuk menikmati ayam goreng KFC. Maka kami pergi ke outlet terbaru KFC di kT yang terletak di Kompleks Perniagaan Paya Keladi berhampiran dengan Stesen Bas Bandaraya Kuala Terengganu.

Dan semalam kami pergi pula ke Restoran Chilada yang terletak di Jalan Bukit Kecil. Mungkin disebabkan ingin mencuba sesuatu yang baru Encik Beanie memesan Nasi Goreng Belacan.

Sekiranya anda tersangat lapar dan ingin makan dengan segera, dinasihatkan agar tidak ke sini kerana dari dulu lagi purata masa yang diambil untuk makanan tiba di meja ialah dalam masa 25 hingga ke 35 minit.

Adakah penantian itu berbaloi? Untuk sesi makan semalam jawapannya lebih menjurus kepada tidak.

Maka itulah sesi makan-makan Puan Lucky dan Encik Beanie buat beberapa minggu lepas.

Jumpa lagi ya.

...

Khamis, 27 November 2008

Jemputan UmiMia

Rancangan untuk makan malam bersama dengan UmiMia telah dibuat sebelum kedatangan kami ke kL lagi. Memang seronok sesi makan-makan bersama dengan kawan-kawan, maka apabila tiba hari yang dijanjikan maka Encik Beanie, Puan Lucky dan AKS berdua serta seorang sepupu mereka pun pergi ke destinasi yang dijanjikan.

Hallamak! Lebuhraya Persekutuan yang penuh sesak menyebabkan Encik Beanie keletihan menekan 'clutch'. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertukar ke Lebuhraya Pantai, suatu langkah yang berjaya mengatasi kesesakan sehinggalah tiba ke Cheras, di mana kesesakan kembali menghantui pandangannya.

Selepas berjaya melepasinya, salah faham tentang terma yang digunakan menyebabkan UmiMia terpaksa keluar dari rumahnya untuk menjemput Encik Beanie dan rombongannya yang sudah tersasar dari haluan sebenar.

Namun kepenatan mengharungi kesesakan itu amat berbaloi dengan hidangan yang disediakan terutama 'lamb stew' yang hampir habis dikerjakan oleh Encik Beanie.

Mia bersama Uminya memang melayan tetamu dengan baik sekali...

...sehinggakan Nina dan Berg bersama dengan sepupu mereka Aishah begitu 'ralit' bermain dengan mainan yang ada.

Sebagaimana Puan Lucky dan Encik Beanie juga begitu 'ralit' dengan hidangan di hadapan mereka.

Dalam pada itu sempat juga berposing untuk 'papamamarazi' yang tekun merakamkan kehadiran kami di rumah mereka malam itu.

Memang seronok dapat berjumpa dengan rakan blogger seperti ini. Walaupun seorang lagi blogger juga bercadang untuk hadir, tetapi terpaksa dibatalkan kerana panggilan tugas ianya membuka peluang untuk bertemu di lain kesempatan.

Buat UmiMia sekeluarga, berbanyak terima kasih diucapkan di atas layanan yang 'first class' serta hidangan yang mmmmuah! sungguh sedap.

Lain kali kita makan-makan lagi ya...

...

Rabu, 19 November 2008

Happy Birthday.........

Happy 38th Birthday

To My Beloved 'AWAK'

Luv U sooooo Much
Sorry this year tak dak present
Coz saya tak mampu nak bergerak sendiri carik awak nyer present...

Anyway petang ni, tiga aweks akan belanja awak makan...

hapdet:

Tiga awek yg belanja makan


Birthday boy kekenyangan

...




Jumaat, 14 November 2008

Thai Food Garden??

Satu Petang yang nyaman...


Selalu lalu kat depan restoran ni...
Tapi tak berkesempatan nak try..
Nama nampak macam best jer..
Dia nyer tempat makan pun nampak cam best..
So saya expect ia offer thai food yang ori...
Ada laksa thai ke...pulut mangga ke...



Maka saya, Encik Beanie dan 2 AKS pun singgah pada satu petang
Lepas saya dijemput dari tempat kerja..
(Saya dah tak drive sendiri sejak perut membuncit ni..)

Expectation saya sangat tinggi bila singgah di sini...
Tapi bila dapat menu..ia sedikit menurun..
Sebab makanan yang di offer macam kat warung tomyam biase jer...
Tak pe la...
Kita try cam ne dianyer food plak..

Encik Beanie punyer...kue tiau radna

Actually mintak mee kuning radna..
Tapi waitress cakap mee dah abis...
Makin menurun saya punya expectation...
Bila try rasa..kira ok la
Tapi bagi Encik Beanie tak capai standard dia lagi..


AKS #1 ...ayam masak merah makan dengan nasi putih


Saya punya...

Mintak bee hoon tom yam putih
Tup tup dihantar nya yang merah..
Sedikit frust..sbb takut pedas..
Makin frust bila cedok punya cedok...
Ayam ngan bee hoon jer..
Seafood tak dak langsung..
Rasanyer lak macam pakai rempah tomyam segera jer...
Sungguh mengecewakan...

Kesimpulan yang bleh saya buat..
Restoran ni tak best...
Nama Talk of The Town sesuai utk jadi bualan bhw food dia tak sedap sangat...
Thai food garden??
Garden dia memang cantik tapi food dia macam kat warung jer ...



...

Jumaat, 7 November 2008

Dapur Yang Dirindui

Selepas asyik bercerita tentang makan di luar sahaja, Puan Lucky dan Encik Beanie semalam kembali ke dapur mereka.

Tidak lama kemudian siaplah hidangan yang sudah hampir menjadi makanan ruji dalam hidup kami, terutama Nina yang tidak sabar-sabar untuk menikmati spaghetti bersama dengan sos klasik.

Encik Beanie pula bertanggungjawab untuk menyediakan 'steak served with coleslaw and mashed potato and herb sauce'.

Semuanya siap untuk kami duduk dan menonton musim ke-tiga The Amazing Race Asia dan juga Heroes yang kembali juga utuk musim ke-tiga.

Jemput makan.


...

Khamis, 6 November 2008

Minum Petang di Kopitiam Uncle Chua

Encik Beanie terus berusaha untuk menjadi seorang 'foodie blogger' yang berdedikasi dengan menulis tentang sebuah lagi tempat 'melantak' di Bandaraya Kuala Terengganu ini.

Hari ini beliau bersama dengan Puan Lucky dan Nina pergi ke Uncle Chua's Kopitiam yang terletak di deretan kedai yang sama dengan Secret Recipe di Kampung Ladang.

Dekor di dalamnya mirip dengan Old Town Kopitiam yang banyak terdapat di Lembah Kelang, suatu tempat yang menjadi kegemaran Encik Beanie untuk melepaskan kerinduannya terhadap kopi.

Menunya tidaklah setebal mana namun ianya mempunyai variasi yang cukup untuk memenuhi keinginan mereka yang ingin makan secara santai.

Kalau kita ke sebuah kopitiam, sudah pasti untuk menikmati kopinya, kan? Maka tidak salah sekiranya meneka minuman yang dipesan oleh Encik Beanie ialah secawan kopi-O.

Ianya tidak mengecewakan dengan rasa kopi yang pekat dan tebal namun tidaklah terlalu pahit.

Nina yang mengadu kelaparan menikmati mee rebus bersama dengan Encik Beanie.

Namun selepas terlalu lama menunggu kerana selalu sahaja mee rebus itu masuk ke dalam mulut Encik Beanie, Nina merampas kuasa dan mengambil alih sudu dan garfu dari tangan 'daddy'nya itu.

Buat Puan Lucky pula dia memilih untuk menikmati 'char koay teow'. Menurutnya ianya digoreng bersama dengan jumlah kerang yang agak banyak serta mempunyai rasa kekacangan.

Sekejap sahaja ianya sudah berjaya dihabiskan...


...oleh Encik Beanie.

Tidak cukup dengan itu, Encik Beanie turut memesan 'peanut butter toast' yang sebagaimana disarankan oleh namanya, disapu dengan mentega kacang yang tebal dan ditaburi pula dengan butiran kacang yang telah dihancurkan.

Harganya berpatutan dengan kos untuk semua makanan dan minuman di atas tidak melebihi RM15. Sesiapa yang ingin mencuba sesuatu yang santai bolehlah ke kopitiam ini.


...