Selepas menjalani latihan intensif beberapa hari maka Puan Lucky dengan penuh semangat turun ke gelanggang futsal buat pertama kalinya untuk suatu perlawanan. Sebagaimana biasa Encik Beanie akan berada bersama untuk memberi semangat bersama-sama dengan AKS.
Selepas sesi memanaskan badan selama beberapa minit, tiba-tiba Encik Beanie yang bercadang untuk menjadi jurukamera diminta menjadi pengadil perlawanan. Selepas memastikan semua berada dalam keadaan yang sedia, perlawanan dimulakan.
Encik Beanie menghadapi masalah mengenali siapa bermain untuk pasukan mana kerana semuanya tidak memakai 'bib' (pengajaran untuk perlawanan akan datang). Ramai yang baru pertama kali bermain futsal jadi ianya menjadi seperti permainan budak darjah 1 di mana semuanya pergi mengejar bola tanpa mengira posisi.
Sememangnya keadaan tersebut tidak boleh disalahkan kepada para pemain kerana kebanyakan mereka inilah kali pertama mereka bermain futsal. Ada dua orang pemain yang mempunyai bakat tetapi tidak dapat menonjolkan permainan sebenar kerana tiada bantuan dari rakan sepasukan yang lain.
Persembahan Puan Lucky? Tiga gol dilepaskan tetapi ianya bukan berpunca dari beliau, malah latihan yang dilakukan banyak membantu menghalang pasukan lawan dari menjaringkan lebih banyak gol.
Keputusannya: Pasukan Puan Lucky kalah 3-2.
Encik Beanie kata: "Not bad, not bad at all..."
Memaparkan catatan dengan label futsal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label futsal. Papar semua catatan
Khamis, 26 Julai 2007
Puan Lucky Main Futsal - Episod 2
Rabu, 25 Julai 2007
Puan Lucky Main Futsal - Episod 1
Hari tu bila Puan Lucky cakap ada orang ajak dia main futsal, dia kata okay saja cuma dengan syarat dia jadi penjaga gol. Sebab-musabab utama ialah dia tak perlu berlari-lari dan perlu duduk satu tempat sahaja.
Maka Encik Beanie dengan berbesar hati terus sahaja menawarkan diri untuk melatih Puan Lucky supaya berupaya menjadi seorang penjaga gol yang 'biasa biasa sajelah'.
Dengan semangat yang jitu dan keazaman yang tinggi maka Puan Lucky pun mengikut Encik Beanie ke Taman Rekreasi Hiliran/Bukit Besar. Bermula dengan latihan regangan badan serta pelonggaran otot-otot dan seterusnya asas-asas penjaga gol futsal.
Di akhir sesi selama 30 minet itu kelihatanlah 3 beranak termengah-mengah dengan peluh membasahi baju dan meminta-minta air... Encik Beanie buat tidak tahu sahaja (Betapa Encik Beanie ini sungguh kejam dalam bab-bab latihan nih)
Adakah semuanya berbaloi, perkara itu akan diketahui petang ini apabila buat pertama kalinya Puan Lucky akan beraksi sebagai penjaga gol futsal dalam suatu perlawanan persahabatan menentang pasukan yang Encik Beanie sendiri pun tidak tahu.
Karang pulak...
Maka Encik Beanie dengan berbesar hati terus sahaja menawarkan diri untuk melatih Puan Lucky supaya berupaya menjadi seorang penjaga gol yang 'biasa biasa sajelah'.
Dengan semangat yang jitu dan keazaman yang tinggi maka Puan Lucky pun mengikut Encik Beanie ke Taman Rekreasi Hiliran/Bukit Besar. Bermula dengan latihan regangan badan serta pelonggaran otot-otot dan seterusnya asas-asas penjaga gol futsal.
Di akhir sesi selama 30 minet itu kelihatanlah 3 beranak termengah-mengah dengan peluh membasahi baju dan meminta-minta air... Encik Beanie buat tidak tahu sahaja (Betapa Encik Beanie ini sungguh kejam dalam bab-bab latihan nih)Adakah semuanya berbaloi, perkara itu akan diketahui petang ini apabila buat pertama kalinya Puan Lucky akan beraksi sebagai penjaga gol futsal dalam suatu perlawanan persahabatan menentang pasukan yang Encik Beanie sendiri pun tidak tahu.
Karang pulak...
Langgan:
Catatan (Atom)

