Khamis, 23 Ogos 2007

Betul ke?

Citer sedih di petang khamis

Hari ni aku bawak la 2 minah ku itu
dan 3 orang cousin dia orang pegi Public Lib.
Aku tinggalkan mereka-mereka itu kat Pub Lib
Then aku masuk opis jap
Ambik apa yang patut sebab esok cuti

Lepas lunch dengan bebudak ini,
Dan antor cousin2 diaorang ke rumah atuk mereka.
Aku bawak 2 minah ku ini pergi sebuah kedai yang dah lama aku janji
Anak sulung aku macam biasa
Tambah koleksi sticker

Nina, anak kedua aku mintak jam pasir..
Ok la harga pun murah jer..RM1.90
Tiba masa nak membayo, Nina tukar pikiran
Rupanya ternampak sayap butterfly yang besar..
Dia mintak aku belikan
Harga?
Murah aje..RM6.90 jer..
Tapi aku malas nak beli sebab dah melambak2 mainan dia
Dah tak tau nak simpan tang mana...
Dia merajuk tapi mintak aku belikan jugak jam pasir itu..

Sampai rumah, ketika aku, kakaknya, daddynya dan Nina makan gorpis..
Nina tanya Daddy nya

"Betul ke ini ibu saya?"

Daddy nya mungkin tak dengar,
Dia tanya lagi

"Betul ke ini ibu saya?"
"Dok tahu, tanya daddy, daddy ambik kat ne ibu ni" aku jawab
"Bak pe, Nina ingat ada ibu lain ke?" daddynya tanya dia balik
"Ye"
"Bak pe?"
"Sebab ibu ni tak dok duit"

Maka aku pun menitiskan air mata...waaaaaaaaaa...

Selasa, 21 Ogos 2007

Apa apa je la..

Busy busy busy...
Banyak sangat mende nak kena buat...

Kat opis, nak kena siapkan portfolio..
4 bijik fail lak tu..
Nasib baik nak kena update jer...
Siap 3 last week, satu lagi aku buat dhekk je..
Then pagi Ahad kelmarin baru ku antor fail yang sepatut aku anto tu..
Ok je tak de problem...aku tahu ramai lagi yang lebih tak efisien dari aku ni..

Tapi pagi tadi..hot gak kejap..
Ada ke bleh komen fail aku tak de tarikh quiz & test ..
Cek elok2 la bro...kang I dah letak kat lesson plan..
Cari mamat yang cek fail aku..cuti lak dia...ish..ish...

Chapter 1 tesis tak siap2 lagi
Janji ngan supervisor ahad jugak...
Dah la duk pulun baca artikel lagi...
Mau muntah berdarah akak...
Masa idea tengah mencurah-curah..
Banyak la plak gangguan...
Yang menyebabkan aku meyumpah2 dalam ati
Sesaje jer aku dapat dosa kering...

Kekadang bukan apa..
Boleh tak jangan kacau orang..
Kalau kita tak pernah berada di tempat seseorang itu...
Ini tak sesedap ati jer buat remarks...
(Sori ...sesekali meluahkan perasaan)

Nasib baik la Encik Beanie aku ni ada...
Teng kiu yang tolong dengar apa yang hot dalam ati saya ari tu...
But.. the most important thing is tolong betulkan Bahasa Omputih saya tu..
Also tolong tambah isi kandungan dalam tu...
Teng kiu lagi kerna tolong selesaikan bab kain-main ari tu...
I luv U cup cup...

Tapi paling best nak menterteramkan konflik jiwa raga ialah memasak..
Betullah kata nko Modd,
Satu saat kita terasa berada di atas puncak gunung
Kemudian kita terasa daif, kerdil dan hina...
Betullah, masa aku nak start buat Chapter 1
Bukan main semangat lagi
Then masa tengah buat tu..baru kusedari banyaknye benda tak cukup fakta...
Tu lum bab komen dari supervisor lagi..

Aku masak apa?
He..he..
Nasi Arab dan Ayam Tandori

Banyak giler lak tu..
Hampir suku masuk tong sampah...membazir betul

Satu lagi aksi yang menyakitkan kepala....
Sapa makan McD letak atas printer?????????????

Khamis, 16 Ogos 2007

8 random facts about me

Cik Ceera lak yang tag akak..
Tah apa lak nak kabo kali ni..

1. Tak peramah tapi baik
Aku rasa aku susah nak tegur orang. Especially bila jumpa kat mana2 event yang kau join. Aku bukan berlagak, tapi kekadang frust sebab bila kau senyum kata seseorang , orang tu buat dhekk je..
Ish malas lah akak macam ni..
Tapi kalo dah start borak, tak leh nak berenti la plak. Tapi pantang kalo baru kenal, duk tunjuk lagak ada ini, ada itu, dah pegi sini dah pergi situ..bosan la..

2. Aku suka makan asam
Ni memang favourite aku dari kecik sampai skarang. Asam masin ke, buah asam ke tak boleh tak de. Kena ada jugak, dalam fridge ke, dlm compartment keta ke, tapi dalam handbag dah kurang sebab anak selalu ambik. Kalo cakap bab asam ni, memang kecor air liur, slurpp..

3. Aku suka tidur
Memang best...
Masa anak dara aritu, bila cuti sem jer..balik kampung mesti tido sampai tak ingat dunia..
Tido malam bangun pukul 2 or 3 petang tu biasa..kekadang lepas asar sambung balik..
Memang syok..
Cuma sekarang dah tak leh tido macam tu..
Anak aku bising..ibu ni tido sokmo

4. Karier sekarang tak sama dengan cita-cita aku masa kecik
Masa kecik aritu nak jadi doktor
Dapat belajo kat sekolah best kat Mesia ni..
Malangnya result SPM aku tak melayakkan diri utk jadi doktor..
Cikgu Biologi, Miss Shusama tu pun tak suka kat aku..
Miss Shusama camne la ko sekarang?
So aku pun belajo la mana yang layak...
Tapi sebeno nye aku suka kerja aku sekarang..
Jadi tukang bagi lecture pasal accounting..

5. Bersemangat giler bila time shopping
Ni memang part paling bahagia..
Ada duit ke idak, tak kira, yang paling bahagia pergi ronda shopping complex
Masa pregnant, laki aku pun letih nak kejar..

6. Nak tambah anak tapi kena fikir 10x
Memang nak kena tambah, sorang je lagi..
Dua2 pompuan lak tu..kena gak ada laki sorang ..
Malangnye bila ingat pregnant..kena masuk spital kuar spital
Alahan teruk sangat..berat turun 10kg (pregnant kalo nak kurus)
Letih akak...
Tapi cukup ke 2 minah jer?
7. Ada gastrik
Tapi tak de teruk sangat..boleh posa lagi
Tapi kalo dah kena tu teruk jugak..

8. Naik pelamin 2 orang + 1/2
Ni kes nikah gantung la punya pasal..
Nikah kat masjid Terapung pada zaman kat Tganu ni tak ramei yang nikah kat masjid
Pastu percaya kat sorang doktor yang sesedap je kata aku susah pregnant..
Nasib baik aku ni percaya bahawa ada hikmah sebaliknye..
Memang ada pun..

Dah la tu weii..akak tak tau dah nak citer pebende lagi.....

Selasa, 14 Ogos 2007

Duit ku hilang

Kejadian malang terbaru terjadi pada aku.
Pagi tadi baru kusedari duit dalam purse tinggal siling je 2, 3 posen.

Tekejut, terkujat, terseriau.
Macamana leh ilang.
Dalam rumah sendiri lak tu.

Purse ada dalam handbag, Handbag letak kat dalam bilik.
Nak kata tercicir, never, never, never..

Aku konpem duit kertas warna merah ada dalam purse
sebab aku dah ambik RM200 malam tadi.
So yang tinggal duit merah jer beberapa keping..
Aku ingat lagi, duit kertas merah tu keras macam duit raya..
Hu..hu..

Sapa curik duit akuuuuuuuuuuuu...

Yang peliknya, kenapa duit Encik Beanie tak ilang pun..

Wallet dia letak kat luar...depan tv je..
I
sk..isk..isk..

Kenapa la berlaku kejam pada aku yang dah nak kepupusan duit ni..

(Tu lah seronok sangat shopping mopping kat KL weekend baru ni)


Maybe ada makhluk yang dengki kat aku..
Sebab aku shopping banyak sangat kut...

Makhluk itu jeles..ingat aku banyak duit..


Tahun 2007 ni sangat malang...
Aku dah ilang 3 bijik handphone,

Satu ilang dalam rumah, satu orang cuci keta ambik, satu lagi aku tak tau

Hilang satu handbag, dalam rumah gakk..
dalam handbag tu ada;
Kunci keta, coin purse ada about RM200 gakk, spek favourite aku (dalam gambo tu) and kunci rumah
Nasib baik lesen, IC dan kad2 bank, kad kredit tertinggal dalam keta,
Kalo idak naya nak ganti baru..


Ingat Allah ada..masuk api neraka la ko..

Khamis, 9 Ogos 2007

Cikgu Ibu Susah Tak Nak tidur?

Soalan yang Khairina tanya aku masa aku abiskan tiga hari di Shah Alam.
Soalan ini ditanya masa aku call malam tu sebelum aku terbungkam tak sedarkan diri.

Sebelum ke Shah Alam, Khairina my 2nd daughter tanya.
"Ibu nak pergi mana?"
"Ibu nak pergi sekolah ibu kat Shah Alam"
"Ibu nak buat apa pergi sana?"
"Ibu nak jumpa cikgu ibu?"

Adakah jawapan ku sesuai untuk budak seusia 6 tahun?
Kalo aku citer, aku nak pergi jumpa supervisor, nak cari artikel, nak siap kan tesis, nak buat ini, nak buat itu.
Aku konpem dia tak faham.
So senang aku cakap nak jumpa cikgu.
Sebab dia tahu aku belajar
Dan aku pun ada cikgu macam dia.

Malam aku call Khairina, dia ada cakap dia susah nak tido.
So aku suruh dia baca2 dan pejamkan mata.
Nanti terlena la.
Dia tanya aku
"Ibu susah tak nak tidur"
"Ibu nak sangat tidur sekarang, sebab ibu letih sangat2"
"Ibu dah jumpa cikgu Ibu?"
"Dah, pagi tadi"
"Cikgu Ibu susah tak nak tido?"

Terdiam

"Er er Ibu pun tak tahu, sebab ibu tak tido dengan dia"

Sampai sekarang aku duk pikir kenapa la anak aku tanya soalan canggitu.
Mungkin dia duk pikir semua orang susah tido macam dia.

Isnin, 6 Ogos 2007

Mereka yang ku tinggalkan

Hanya untuk tiga hari

Tiga hari tanpa dua perempuan dan seorang lelaki.
Aman tapi sunyi.
Tiga hari kutinggalkan 3 manusia ini.
Bukan untuk berfoya-foya
Tapi meneruskan perjuangan yang belum selesai
Perjuangan yang agak rumit bagiku
Tapi aku harus menyelesaikannya
Walau apa rintangan dan cubaan
Aku harus hadapinya
Dengan doa kepada yang Esa
Agar dipermudahkan segalanya

Tiga hari kutinggalkan
Dua perempuan dan seorang lelaki
Sunyi tapi rindu
Kepada lelaki itu
Terima kasih kerana menjaga dua perempuan itu
Moga pengorbanan mu lelaki
Menjadi perangsang dan teladan kepada perempuan-perempuan itu

Tiga hari ku tinggalkan
Dua perempuan dan seorang lelaki.



Terima Kasih

Menghayati Kemerdekaan...

...atau Menghampiri Kematian?

Kemerdekaan ialah suatu nikmat yang sangat indah, terutama kepada mereka yang terbelenggu dengan apa jua masalah yang mengongkong kebebasan mereka.

Sama ada kongkongan itu dalam bentuk penjajahan kuasa asing (Pencerobohan tentera AS di Iraq), kerajaan tentera (Myanmar), fahaman agama yang melampau (Taliban), hutang (Encik Beanie pasal banyak sangat pakai kad kredit) dan sebagainya.

Apabila sesebuah negara telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun maka sememangnya amat wajar untuk 'berlebih' sedikit dalam menyambut 'milestone' yang boleh dianggap amat bermakna itu.

Namun, ianya sesuatu yang amat malang sekiranya masih ramai yang masih belum 'merdeka' dari pemikiran dunia ketiga - dan amat sedih sekali sekiranya ianya berlaku di tempat para remaja kita dididik dan dilatih untuk menjadi warga dunia di masa akan datang.

Picture taken from NST (untuk laporan penuh sila klik di sini)

Sebuah sekolah di Melaka menyemarakkan perayaan kemerdekaan ke 50 Malaysia dengan meletakkan bendera-bendera mini di bumbung sekolah. Ianya mungkin sesuatu yang unik dan menjadikan warga sekolah berkenaan berasa bangga dengan cara mereka menunjukkan semangat patriotik terhadap Malaysia.

Namun di sebalik kebanggaan itu, adakah para pendidik berkenaan sedar bahawa mereka masih lagi dijajah? Mungkin tidak dijajah oleh kuasa asing, tetapi dijajah oleh pemikiran dunia ketiga yang terus sahaja membelenggu kebanyakan rakyat Malaysia.

Mungkin Amerika Syarikat bertindak kejam kerana menjajah Iraq dengan alasan yang cukup goyah dan akhirnya dibuktikan sebagai 'palsu', tetapi itu ialah perbuatan pucuk pimpinan politik negara berkenaan.

Tetapi dari perspektif lain pula, budaya mereka amat mementingkan keselamatan dalam kebanyakan aspek kehidupan. Sekiranya ada seorang warga Amerika Syarikat di sekolah berkenaan dia akan menggelengkan kepala melihat apa yang dilakukan oleh Penolong Kanan bersama Pembantu Tadbir berkenaan.

Tanpa memakai apa-apa alat keselamatan mereka melakukan tugas yang mungkin telah sebulat suara dipersetujui oleh kakitangan lain supaya diserahkan kepada dua 'daredevil' ini.

Kedua-dua mereka menjalankan tugas ini dengan jayanya (kalau gagal sudah tentu tajuk berita berlainan pula disiarkan). Namun apa yang harus difikirkan, ialah mereka berdua mungkin hanya selangkah sahaja dari kembali dijajah... oleh kecacatan atau kematian.

Apa pendapat anda?