Makin difikir kekedekutan atau kekupikan seseorang itu...
Maka makin sakit la ati dan jiwa kita sendiri...
Macamana menangani orang yang kupiks ini?
Saya ada dua kisah yang berlaku pada saya baru2 ini...
Kisah Kupikstik #1
Kupik duit persatuan
Persatuan ni dah lama dibubarkan
Akaun persatuan ada menunjukkan sejumlah baki
yg boleh dikatakan banyak...
Dengan persetujuan sebilangan ahli yg tinggal...
Baki tersebut akan dikeluarkan semaksimum mungkin
Dan akan digunakan untuk membeli bekalan air minuman
utk jangkamasa melebihi setahun
Dengan kata lain ia akan digunakan untuk membekalkan kemudahan
bagi semua bekas ahli dan juga yang bukan ahli....
Malangnyer...ada segelintir bekas ahli
(tak ramai pun..2 org jer)
Amat tidak bersetuju dgn cadangan ini..
Dengan alasan..kenapa bukan ahli boleh menikmatinya
sebagaimana ahli yg membayar yuran persatuan?
Dan bagaimana pula bekas ahli yg tidak membayar yuran tersebut?
Dan konsep sedekah kepada bukan ahli tidak boleh dilaksanakan
kerana yg akan menikmatinya adalah org yg mampu membeli sendiri...
Susah..susah...dgn org begini...
Sebenarnyer bukankah lebih afdal bersedekah
kepada saudara mara terdekat ?
Dlm situasi ini..rakan2 terdekat
Dan konsep halal menghalal itu sangat mulia...
utk bersedekah atau memanfaatkan
duit yg mungkin akan terbeku dlm akaun bank....
Juga agak menghairankan kerana duit tersebut bukannyer duit mereka itu...
Tapi duit persatuan yg dianggotai oleh org lain juga...
Kenapa saya terpaksa mengambilkira sikap kupikstik org2 ini?
Kerana salah seorangnyer ialah tukang sign buku akaunnnnnnnnnnn...waaaaa
Kisah kupikstik #2
Seorang lagi yang mungkin tak faham dengan istilah
Buruk siku...
Lebih spesifik...
Dah diberi tapi nak ambik balik semula....
Ianya terjadi di rumah...
Hanya sebuah kotak rotan buruk..
Yang telah ditinggalkan untuk sekelian lama
(lebih kurang 6 tahun)
kenapa bila melihat kami memanfaatkan barang lama itu
yang dulunya tidak mahu digunakan lagi
Tetapi sekarang minta dikembalikan?
Adakah sipeminta ini seorang yg tidak mampu
untuk membeli yg baru?
Absolutely not!!!
Saya pun hairan kenapa....
Mungkin kah tahap kupikstik yg tertinggi telah dicapai?
Kerana malas memikirkan tahap kekupikstikan tersebut
Kami mengembalikan dgn cara terhormat...
(Susah apa...beli jer baru kan?)
Walaupun kalau diungkit....
Berapa banyak dah barang aku ko pinjam!!!
Konsep PINJAM bukan BAGI
Tapi tak dipulangkan...
(kalo nak balik..terpaksa lima nam ploh kali mintak...)
Sungguh sedih kerana kaum begini begitu ramai disekeliling kita...